Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK SANDAKAN: PENGUNDI SANDAKAN PERLU PILIH SITUASI MENANG-MENANG

$
0
0
PENGUNDI Sandakan, perlu memikirkan peluang satu peluru dapat dua burung. Jika Vivian Wong kalah, dia mempunyai peluang menggantikan bapanya menjadi ADUN dilantik kememudiannya menggantikan kedudukan mendiang ayahnya sebagai Menteri Penuh Kabinet Sabah.

Memenangkan Datuk Linda Tsen, bermakna pengundi Sandakan bijak, kerana calon PBS itu mempunyai pengalaman 2 penggal sebagai MP. Berasaskan pengalaman itu, Linda tidak boleh dibuli di Dewan Rakyat. Linda bukan sahaja berani bercakap membawa masalah-masalah penduduk Sandakan seperti isu PTI, ekonomi yang merudum, juga akan dapat mengetengahkan masalah pentadbiran Presiden MPS.

Pengundi Sandakan, perlu memikirkan situasi menang-menang. 

Kerajaan Sabah perlu melantik Vivian Wong sebagai ADUN dilantik, bagi mengenang jasa ayah beliau. Lagipun, calon DAP itu mengakui akan meneruskan kerja-kerja ayah beliau yang beliau selesai.

Jentera PBS perlu memberitahu pengundi Sandakan, bahawa PRK Sandakan sebenarnya adalah peluang bagi mereka mendapat menteri penuh pada kabinet Sabah dan peluang membawa masalah mereka di peringkat Nasional menerusi Datuk Linda Tsen.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808