KESIMPULAN yang boleh diambil, berpaksikan kepada 3 PRK terakhir, secara umumnya, rakyat negara ini menzahirkan ketidak setujuan mereka terhadap Kerajaan hari ini.
Penulis secara sengaja mengenepikan PRK Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson, kerana PRK itu terlalu awal berlaku, yang mana rakyat secara umunya belum sempat merasai kesan pertukaran kerajaan.
Masa 6 bulan atau lebih, selepas perubahan kerajaan adalah tempoh masa yang dianggap adil untuk rakyat melihat, sedar, dapat merasai sendiri hasil daripada perubahaan kerajaan.
Rakyat di Semenanjung, secara umumnya, telah menunjukkan manifestasi mereka terhadap kerajaan apabila calon kerajaan gagal mempertahankan kawasan sendiri, Dun Semenyih.
Penolakan rakyat itu berterusan di PRK Rantau, kerana bukan sahaja calon kerajaan kalah, malah majoriti kemenangan calon lawan cukup siginifikan.
Jika melihat semula rekod-rekod PRK lampau, biasanya jika berlaku PRK, kalau pun calon kerajaan kalah, akan tetapi kalah dengan majoriti yang kecil. Tetapi biasanya, jika berlaku PRK, calon kerajaan boleh menang, seperti mana PRK Telok Intan sebelum PRU-14, kawasan yang dimenangi pembangkang dengan majoriti yang cukup besar, akan tetapi berjaya dirampas oleh calon kerajaan walaupun dengan majoriti kecil.
Di Semenanjung tidak dapat disangkal, bahawa rakyat di Tanah Melayu itu secara umumnya telah menunjukkan pendirian mereka, khususnya kaum melayu dan islam.
Apa kah manifestasi rakyat Semenanjung itu berlaku juga di Sabah dan Sarawak? akan di lihat pada PRK Sandakan pada 11 Mei, 2019.
Kawasan Sandakan boleh dikatakan wilayah DAP sejak dahulu kala, walaupun sekali sekala diwakili calon lain seperti calon bebas dan Bn. Sejak kemasukkan Umno ke Sabah pada tahun 1991, 3 kali kawasan itu dimenangi calon Bn, iaitu pada pada tahun 1995,1999 dan 2008, menerusi calon Bn/LDP.(penulis berterima kasih pada mantan Setiasuaha Politik Kementerian Kewangan Sabah era Bn- Puan Maizatul Akma, kerana memberi input pembetulan fakta).
Melihat rekod kawasan Parlimen Sandakan, dan senario politik negeri Sabah, di atas kertas kawasan itu bakal dimenangi calon DAP, apatah lagi sekarang, DAP merupakan sebahagian daripada Kerajaan, rekod juga menunjukkan bahawa kawasan itu boleh dimenangi calon lain, seperti mana berlaku pada PRU 1995, 1999 dan 2008.
Jika melihat kepada kecenderungan pengundi Semenanjung, apa kah keputusan PRK Sandakan akan berlaku kejutan?
Di Sabah, mata tertumpu di PRK Sandakan, kerana untuk pertama kalinya, para pemimpin PPBM akan menjadi sebahagian jentera PH di Sabah.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) DAP menang dengan majoriti 10,098 undi.