Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PUTRAJAYA KENDALI LEBUH RAYA PAN BORNEO SEKTOR SABAH- SATU LAGI KEGAGALN SHAFIE

$
0
0
TUN Dr Mahathir pada Rabu, dipetik sebagai berkata, penyiapaan Pan Borneo sektor Sabah yang hanya siap 12% setakat Mac,2019, akan diambil alih Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan.

Sebelum ini, semasa kerajaan BN, penyiapan projek tersebut dikendalikan oleh PDP (project Delivery Partner),yang mana fasa pertama telah diberikan pada April, 2016. 

Pan Borneo sektor Sabah berjarak 700km, yang terbahagi kepada 3 laluan; iaitu Sindumin-Tawau, Tamparuli-Ranau dan Kimanis-Keningau yang berkos RM12.8bilion.

Selepas Kerajaan Sabah bertukar, Kerajaan yang diterajui Datuk Shafie Apdal, bersungguh-sungguh agar Kerajaan Negeri melaksanakan projek itu menerusi JKR Negeri dimana menterinya adalah Datuk Peter Anthony, bekas kontraktor yang menceburkan diri dalam politik menerusi Parti Warisan Sabah.

Tun Dr Mahathir, seorang Perdana Menteri yang mahir melihat ke depan, ibarat kata peribahasa, ikan di airpun, beliau mampu meneka, jantan betina.

Perdana Menteri itu, pasti telah mengambil kira, bagai mana dana KKLW untuk Sabah dibelanjakan masa lalu, yang mana para individu yang terlibat, adalah sebahagian daripada Kerajaan yang bersungguh-sungguh mengambil alih projek Persekutuan itu.

Projek Pan Borneo, bukan sahaja berbentuk hadiah kepada rakyat Sabah, akan tetapi lebuh raya itu mempunyai erti yang sangat signifikan kepada kemajuan Sabah, kerana apabila ianya siap kelak mampu merancakkan aktiviti ekonomi rakyat. Bayangkan jika projek itu gagal disiapkan sesuai dengan standard yang telah digariskan, ianya bakal merugikan rakyat dan negeri.

Tun Dr Mahathir tidak mahu pisang berbuah dua kali, seperti mana yang berlaku pada dana KKLW untuk Sabah yang berjumlah berbilion ringgit, yang tidak sampai kepada sasaran, meskipun wang sudah habis dibelanjakan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808