Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DISEBALIK TINDAKAN TURUN IZZAH ANWAR

$
0
0
DISEMBER,2018 Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan naib presiden, pengerusi PKR Pulau Pinang serta pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia. Semalam pula meletakkan jawatan sebagai anggota PAC, dengan alasan tidak bersetuju Datuk Dr Ronald Kiandee meneruskan jawatan Pengerusi. Sebelum ini beliau dan MP Segambut memprotes keputusan Perdana Menteri kerana mengekalkan Ronald.

Janji PH, apabila parti itu memerintah, Pengerusi PAC hendaklah daripada blok pembangkang. Sebelum ini Ronald adalah MP Beluran daripada Umno, namun keluar daripada parti itu untuk menjadi MP bebas sebelum berpindah menjadi ahli PPBM sebuah parti dalam Kerajaan PH.

Penulis mencuba menganalisis apa sebenarnya disebalik tindakan MP Permatang Pauh itu? Nurul mewakili reformasi, mewakili generasi muda pasca reformasi. Pengundi muda melebihi 30% undi berdaftar negara. Kerana faktor pengundi muda juga lah Bn kehilangan kuasa selepas 60 tahun.

Apa kah menerusi tindakan Nurul itu, beliau mahu generasi yang beliau wakili mngendurkan sokongan terhadap PH? Jika itu lah maksudnya, mengapa? sedangkan parti yang beliau sertai, telah berjuang sejak tahun 1998 untuk menjadikan ayah beliau dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Apa kah beliau terhidu, bahawa perjuangan itu tidak akan menjadi kenyataan? maka adalah memadai ayah beliau dibersihkan daripada semua tuduhan dan kini sudah menjadi Presiden PKR dan seorang ahli Parlimen.

Apa sebenarnya cuba ditonjolkan oleh anak Anwar itu secara individu? kerana dalam arena politik, dalam konteks negara kita, bagai mana hebatnya sosok individu, tanpa peranan baik dalam parti atau pun kerajaan, tidak akan pergi jauh.

Kalau dilihat secara tersurat, tindakan anak Anwar itu, merupakan protes dengan menunjukkan perbuatan merajuk. 

Pada hakikatnya, setuju atau tidak, tindakan Nurul melepaskan semua jawatan pada Disember, 2018 walaupun masih kekal sebagai MP, maka sebagai impaknya, calon PH di 2 PRK terakhir, iaitu Cameron Hinghlands dan Semenyih calon-calon kerajaan telah kalah. Walaupun kekalahan itu diwar-warkan sebagai impak kerjasama antara Umno dan Pas.

Menerusi perkembangan terbaharu, apa kah perletakkan jawatan Nurul sebagai anggota PAC, akan turut sama berimpak pada PRK Rantau 13 April?

Dalam senario politik semasa, kedudukan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir cukup kuat, walaupun belum mempunyai kuasa 2/3 di dewan rakyat, namun parti itu, mendapat sokongan moral daripada GPS Sarawak dan GBS, Sabah ertinya kerajaan PH tiada halangan mengubah perlembangaan kerana bakal disokong 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Nurul tahu bahwa kerajaan PH amat kuat, jika dilihat secara tersurat, impak beliau secara individu hanya bersifat seperti melukut di tepi gantang. Dalam senario demikian apa sebenar yang ditunjukkan oleh MP Permatang Pauh itu secara tersirat???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808