DARIPADA sumber yang dipercayai, 6 ADUN bebas Sabah- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (APAS), Datuk Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Ghulam Haidar (Kawang) dan Datuk Japlin Akim (Usukan) telah diterima menyertai PPBM. Kad keahlian mereka akan diserahkan bersama-sama dengan para pemimpin Sabah yang memohon menyertai parti itu pada 6 April, 2019 semasa pelancaran parti itu di Sabah.
Kemasukkan PPBM bakal dianggotai oleh para veteran Sabah seperti Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Lajim Ukin, Datuk Rahim Ismail dan ramai lagi.
Parti itu akan menjadi flatform kaum buniputera Sabah tanpa melihat latar belakang agama.
Sabah yang mempunyai penduduk teramai ke-2 selepas Selangor, kini mempunyai lebih 1.1juta pengundi berdaftar atau 28.2% daripada jumlah penduduk. Daripada 1.1juta pengundi berdaftar itu, hampir 90% adalah ahli-ahli parti yang berdaftar secara sah. Dalam rekod, sebelum PRU-14, Umno mempunyai 550ribu ahli, 480ribu daripadanya adalah pengundi berdaftar.
Melihat kepada rekod pengundi berdaftar, maka jumlah keahlian sesebuah parti adalah faktor kebarangkalian sesebuah parti menang dalam pilihan raya.
PPBM dikatakan akan disertai oleh majoriti mantan-mantan ahli Umno selain Parti Harapan Sabah pimpinan Datuk Lajim Ukin.
PPBM bakal menjadi parti terbesar Sabah sebelum PRU-15 daripada segi jumlah keahlian.
Pada masa ini belum dipastikan siapa yang bakal menjadi Pengerusi penaja parti itu di Sabah, namun menurut sumber, Datuk Hajiji Noor (ADUN Sulaman) bersedia memikul tanggungjawab itu jika dipilih oleh pucuk pimpinan PPBM.