Jumaat lalu (15 Mac,2019) Tan Sri melawat keluarga beliau di Beufort. Sempena lawatan tersebut, beliau singgah di Rumah Anak Yatim Al Aman, kerana rumah anak yatim itu sangat dekat di hati beliau.
Musa sebenarnya telah membina rumah anak-anak yatim itu lebih 20 tahun lalu, untuk memenuhi cita-cita beliau daripada muda lagi.
Pada setiap kesempatan di masa-masa lalu, sekali beliau melawat keluarga beliau di Beaufort, pasti singgah di rumah anak yatim tersebut.
Adalah kebiasan Musa apabila melawat rumah itu, beliau memberi nasihat dan galakan kepada anak-anak yatim itu, supaya belajar bersungguh-sungguh, rajin berusaha, berdedikasi dan ikhlas dalam meneruskan kehidupan.
Rumah Yatim Al Aman, Beaufort-Dibina oleh TS Musa |
Musa, selepas melawat Anak-Anak Yatim Al Aman, Beaufort, menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg Bingkul, kelahiran ayahanda beliau.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, beliau meluangkan masa beliau singgah di Darul Taffiz Darul Yatama Yacob Khan, Membakut.
Gambar lama TS Musa bersama Tahfiz Darul Yatama |
Dalam gambar, Musa bersama-sama anak-anak Yatim Al Aman, Beaufort.