Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERJASAMA UMNO-PAS BAGAIKAN LEDAKAN BOM ATOM

$
0
0
PAKATAN HARAPAN (PH) sama sekali tidak menyangka, kerjasama Umno-Pas akhirnya berlaku. Kerana kerjasama itu akhirnya terformulasi, semua pemimpin utama PH bagaikan terkena bom atom, dalam usaha menangkis ledakan itu berbagai hujah dikumandangkan, malah Lim Guan Eng menyifatkan kerjasama itu sebagai kaedah memerangi bukan melayu dan bukan islam. Kenyataan Setiausaha Agung DAP itu, sepatutnya tidak timbul pada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Dalam sistem demokrasi, tiada salah silap parti-parti bekerjasama. 

Hakikat yang pasti, mengapa semua pihak dalam PH merasakan bahawa kerjasama Umno-Pas bagaikan ledakan bom atom, kerana mereka gerun dengan kerjasama itu, kerana peluang mereka mendapatkan sokongan daripada kaum melayu dan islam bukan sahaja terancam, malah menyebabkan mereka kehilangan kerajaan pada PRU.

PH tahu, daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung, 117 kerusi adalah majoriti melayu. Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 101 boleh ditawan Umno dan Pas, jika berasaskan trend pengundian pada PRU-14.

Jumlah 101 kerusi hanya memerlukan 11 kerusi lagi, untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

11 kerusi itu boleh datangnya daripada parti-parti daripada Sarawak dan Sabah. Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 26 kerusi parlimen termasuk WP Labuan untuk Sabah dan 31 daripada Sarawak. 

Di atas kertas, parti kaum melayu di Semenanjung dan parti berasaskan bumiputera daripada Sabah Sarawak boleh membentuk kerajaan Persekutuan tanpa penyertaan kaum cina dan india.

Kebarangkalian Kerajaan Persekutuan hanya dianggotai kaum melayu dan bumiputera bakal berlaku di Malaysia se awal PRU-15, melihat kepada senario semasa selepas PRU-14.

Selepas 10 bulan pemerintahan PH, kaum melayu dan bumiputera yang beragama islam, benar-benar berada pada situasi, terhantuk dan terngada, mereka baru menyedari, bahawa tanah dipijak milik orang lain, mereka terasa disisikan dan terpaksa melutut pada kaum lain.

Menghalau penyewa rumah PPR Taman Manggis, Pulau Pinang yang rata-rata orang melayu, menjadi katalis kepada penyatuan umat melayu.

Post PRU-15, kerajaan yang dibentuk berorentasikan pengundi yang menentap di kawasan luar bandar, kerana memangpun kaum melayu dan bumiputera bermastautin di kawasan berkenaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808