Benarlah anggapan penulis sebelum ini, bahawa suku bugis dan jawa diseraf sebagai penduduk asal Sabah merupakan cadangan kerajaan, kerana semalam Ketua Menteri Sabah semasa ditanya berkaitan kenyataan Datuk Aidi Moktar, berkenaan isu itu, Datuk Shafie meneggaskan, bahawa kerajaan sedang mengkaji status bugis dan jawa menjadi sebahagian Anak Negeri Sabah.
Status bugis dan jawa, ada kaitan dengan perlantikan Ketua Anak Negeri, kerana Sabah mempratikkan perlantikan KAN sesuai dengan suku kaum yang tersenarai sebagai Anak Negeri Sabah.
Kemungkinan besar, kerajaan Sabah hari ini, melihat, keseimbangan antara kaum, kerana hanya bugus dan jawa sahaja belum mendapat status KAN, manakala kaum cina diberikan melalui istilah "kapitan cina".
Dalam segi politik Sabah, suku bugis dan jawa tidak mudah diketepikan, kerana sokongan kaum itu boleh menjadikan sesebuah parti kuat, khususnya di kawasan Tawau, Kalabakan dan kawasan-kawasan lain, termasuk juga Sepanggar.
Kini jelas, suku kaum itu akan melihat, parti mana yang perlu mereka sokong, kerana cukup jelas pendirian masing-masing parti itu, apabila Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah bertindak "testing the water" mengenainya.
Para pemimpin politik, kena berhati-hati membuat kenyataan berkaitan isu bugis dan jawa, kerana ianya berakibat negatif terhadap sokongan dua kaum itu kepada parti yang mereka dokong.
Melihat kepada senario yang berlegar-legar pada isu bugis dan jawa, nampaknya Shafie mendapat sokongan kaum itu, ertinya, kawasan-kawasan di mana kaum itu bermastutin, akan mudah dimenangi oleh parti Warisan Sabah pada PRU akan datang. Fikir-Fikirkan.