Kalau bukan angkara katak selepas PRU-14, kerharmonian penduduk Sabah tidak tergugat. Kerana angkara katak, maka ada menteri Sabah yang mencadangkan suku bugis dan jawa setaraf dengan suku asal Sabah, kononnya dua suku itu sudah berada di Sabah, sebelum negeri ini merdeka pada 16 September, 1963.
Apapun penafian pemimpin parti berkenaan, termasuk daripada Darell Leiking dan Lorretto Padua, kononnya kenyataan menteri itu adalah kenyataan peribadi. Ada lah pertama kali berlaku di negara ini, kenyataan seorang anggota kabinet dikategorikan sebagai kenyataan peribadi.
Ada lah mustahil seorang menteri membuat satu kenyataan, sedangkan beliau adalah Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, jika beliau belum berbincang dengan ketuanya, iaitu Ketua Menteri.
Datuk Aidi Moktar membuat kenyataan itu atas kapasiti menteri atau anggota pentadbiraan, bukannya atas nama parti, maknanya, beliau tidak perlu memberi tahu parti beliau, berkaitan dengan agenda atau cadangan kerajaan.
Baik lah, cadangan suku bugis dan jawa untuk diserafkan sebagai anak negeri, bukan agenda Parti warisan Sabah, tetapi, ianya agenda kerajaan Sabah.
Kerajaan Sabah, dianggotai oleh Parti Warisan Sabah, DAP, PKR dan UPKO.
Kata peribahasa, pokok tidak akan bergoyang tanpa angin.