Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ARAH TUJU KAUM MELAYU/BUMIPUTERA?

$
0
0
Telah jelas, menerusi MALAYSIA BAHARU, tongkat untuk kaum melayu/bumiputera tidak ada lagi, kerana tongkat menjadi kaum melayu/bumiputera malas, tidak mahu bersaing, hanya berharap durian jatuh ke riba.

Kaum melayu/bumiputera ditakdirkan sebagai golongan yang terbelakang sebelum merdeka lagi, Kerana keadaan itu, maka lebih 61 tahun diberi tongkat, namun hanya sedikit sahaja yang berjaya, dan peratusan mereka tetap sahaja dalam kumpulan bawah40.

Kaum melayu/bumiputera mungkin telah ditakdirkan tinggal di kawasan yang serba serbi kurang, khususnya kemuadahan asas, kurang kemudahan sebagai sumber ilmu pengetahuan, sebab itulah, walaupun di bawah tanah rumah mereka ada emas dan perak, akan tetapi tidak mampu melombong hasil bumi itu kerana tiada ilmu pengetahuan.

Mungkin istilah malas bagi Tun Dr Mahathir yang dilekatkan pada kaum melayu/bumiputera, kerana tidak mampu berubah, walaupun dimerdekakan lebih setengah abad.

Di barat misalnya, tulisan seperti (caption) yang merupakan sebahagian daripada catitan peribadi, boleh membuatkan penulisnya mampu berdikari, mampu mempunyai pendapatan. Pengarang atau penulis juga merupakan satu kerja, iaitu kerja mental dan minda, meskipun bukan kerja menggunakan fizikal. Penulis atau pengarang juga menggunakan modal masa, modal untuk mencetak, namun, di Malaysia, jarang sekali penulis atau pengarang yang mamu menjana pendapatan yang cukup untuk menampung kehidupan, kecuali mereka yang makan gaji.

Penulis, berpuluh kali mencuba merebut peluang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, sekecil-kecilnya perniagaan, iaitu pembekal makanan dan minuman bagi sekolah-sekolah atau sekolah-sekolah berasrama penuh. Berbekalkan pengetahuan dalam industri makanan dan minuman bermasak bertahun-tahun di KLCC, pun demikian tidak mendapat peluang, atas sebab, penulis tidak tahu siapa, di Kementerian pendidikan, baik Persekutuan mahupun Negeri.

Masalah yang dihadapi oleh mereka yang tidak tahu siapa, meskipun sebut harga yang dicadangkan sesuai dengan kualiti, kuantiti, dan harga yang berpatutan, namun cadangan itu, tidak sampaipun pada tapisan untuk dimesyuaratkan, kerana senarai yang dipersiapkan oleh pegawai-pegawai yang bertugas, hanya daripada syarikat yang mereka tahu dan kenal. Bermakna, betul lah kenyataan Tun Dr Mahathir, yang menyebabkan kaum melayu/bumiputera tidak berubah, dan hanya sedikit yang berjaya, kerana faktor ini.

Kita tahu, lebih 90% kaki tangan awam adalah melayu/bumiputera, namun syarikat-syarikat yang mereka bantu adalah syarikat-syarikat ali baba di mana dibelakang syarikat-syarikat itu adalah kaum bermodal.

Kaum melayu/bumiputera yang genuine gagal bersaing, kerana perbuatan mereka yang diberi tugas ini. Ada lah diakui, kaum melayu/bumiputera yang dapat peluang itu, bukan mendapat peluang secara terus, melainkan juga melalui konsep ali baba, dengan cara membeli projek-projek atau daripada pihak yang diberikan.

Sebagai contoh, pada PRU-14 lalu, di kawasan Parlimen Sepanggar, bagai mana calon pada masa itu yang juga seorang menteri, meluluskan berpuluh juta peruntukan kepada pihak-pihak tertentu, namun pihak tertentu, hanya dapat 5-10% daripada nilai projek, sebahagian besarnya dinikmati pemilik modal. Akhirnya, mereka yang diberikan kontrak, hanya mampu bernafas seketika, manakala yang melaksanakan projek itu, ternampak berselfie. wefie di Moscow atau London.

Tetapi, apa yang sungguh malang di negara ini, jika melayu/bumiputera ingin maju, penghalang utama meraka adalah kaum mereka sendiri, kerana bukan sahaja mereka itu tidak menyokong, akan tetapi bertindak seperti ketam dalam baldi, yang akhirnya mati sama-sama, walaupun sebahagian seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, tidak sama dengan kaum lain, yang saling membantu, yang lemah dikuatkan, yang miskin dikayakan, yang berkedudukan dinaikan kedudukan.

Seperkara lagi, sifat melayu/bumputera, bahawa seseorang yang sekaum itu, tiada peluang ke-2, jika gagal sekali, maka dilantak paku gagal selama-lamanya.

Bayangkan di barat tulisan buku pada caption, boleh menjadikan penulisnya kaya.... Betul lah kata Tun Dr Mahathir, melayu/bumputera hanya boleh berubah, jika sifat-sifat dan tindakan berubah, tanpa itu semua, melayu/bumiputera akan kekal seperti itu sampai bila-bila...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808