Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

POLITIK SABAH: APA KAH PPBM MENGANCAM?

$
0
0
Setakat ini, semua parti utama yang didaftar di Semenanjung sudah melebarkan sayap ke Sabah, kecuali PPBM.

Persefahaman lisan antara Parti Warisan Sabah (PWS) dan PPBM sebelum PRU-14, bahawa parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu tidak akan mengemukakan calon-calon di Sabah, sebaliknya menyerahkan kepada PWS untuk berdepan dengan calon-calon Umno.

Fakta tidak tertulis, bahawa penubuhan PPBM adalah untuk menggantikan Umno sebagai parti tunggak dalam negara ini.

Terbukti, menerusi PRU-14, di Sabah, Umno Sabah masih unggul daripada jumlah kerusi di peringkat DUN, manakala di peringkat parlimen "draw". Makna kata, matlamat PPBM tidak tercapai menerusi PWS.

Keputusan PRU-14 Sabah peringkat DUN, Umno Sabah menang 17 daripada 32 kawasan yang ditandingi, sementara 15 kawasan ditawan PWS. Diperingkat parlimen, Umno Sabah 7, PWS 7.

Fakta menunjukkan di Sabah, bahawa tiada parti sebagai pemenang pada PRU itu, kerana tiada parti yang mendapat majoriti mudah.

Berbeza di peringkat Persekutuan, walaupun PPBM dengan 13 kerusi, namun mendapat majoriti mudah, iaitu 114, lebih 2 kerusi daripada 112 yang diperlukan daripada 222 kerusi parlimen, walaupun tanpa penyertaan PWS.

Melihat kepada keputusan PRU-14, PWS sebenarnya tiada "bargaining power" menghalang PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah, kerana fakta menunjukkan bahawa matlamat sebenar untuk mengalahkan Umno Sabah pada PRU tersebut tidak tercapai.

Para pemimpin PWS tidak perlu mendabik dada, hanya kerana dapat membentuk kerajaan atas sebab lompat parti, kerana ianya tidak menggambarkan kekuatan.

PPBM yang dalam bahasa Inggeris UNITED MALAYSIAN NATIVES ORGANISATION (UMNO), walaupun tidak tersurat sebagai KLON Umno, akan tetapi maksud tersirat penubuhan parti itu adalah untuk menggantikan Umno.

Senario politik terkini, bukan sahaja para wakil rakyat dan pemimpin Umno mahu berhijrah ke PPBM, malah para ahli parti itu sudah ramai yang berbuat demikian, baik secara terang-terangan, mahu menerusi permohonan terus melalui talian.

Hanya mereka yang bergelar wakil rakyat, memerlukan masa BERTENANG, iaitu melalui proses KELUAR-BEBAS- MENYOKONG- baru akan diterima sebagai ahli.

Bagi kes Sabah, walaupun Tun Dr Mahathir membuat kenyataan politik, bahawa PPBM belum mengembangkan sayap ke negeri di bawah bayu itu, namun rakyat Sabah bebas memasuki parti itu.

Sebenarnya, kedudukan PPBM hampir sama semasa Umno memasuki Sabah pada tahun 1990, secara rasmi tahun 1991. Pada masa itu, pro dan kontra juga berkaitan kemasukan parti yang memerdekakan negara itu, namun akhirnya, ianya diterima, malah menjadi tunjang kepada Kerajaan Sabah selama 24 tahun tanpa putus, dan disertai seramai 560 ribu ahli.

Di masa depan, tiada lagi yang isu yang boleh dialamatkan kepada parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu, kerana parti itu mewakili peribumi (natives), seperti mana yang dialamatkan kepada Umno asal yang membawa nama "malay".

Kestabilan politik Sabah akan melangkaui apa yang pernah terwujud semasa era Umno. Sebenarnya itulah matlamat murni, kerana hanya menerusi kestabilan politik, Sabah boleh maju dan membangun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808