1. Di Malaysia membocorkan akaun peribadi merupakan satu kesalahan. Kalau dilihat betul, pihak banklah pihak pertama yang boleh membocorkan maklumat akaun peribadi seseorang.
2. Oleh kerana integriti yang tinggi diamalkan oleh pihak bank, maka pelanggan mahu menyimpan wang dalam bank.
3. Jika pihak bank yang membocorkan akaun peribadi Perdana Menteri, maka dari awal-awal lagi maklumat itu bocor, kerana akaun peribadi itu menerima USD681juta pada mac 2013 sebelum PRU-13, dan kemudiannya akaun itu ditutup pada ogos Tahun yang sama.
4. Oleh kerana kewujudan pasukan khas yang menyiasat sesuatu yang berunsur rasuah, maka siasatan dilakukan termasuk akaun perdana menteri. Siasatan akaun perdana Menteri, kerana ekoran berlakunya laporan bertali arus berkaitan 1MDB syarikat milik Kementerian kewangan.
5. laporan sarawak reports yang mengaitkan Perdana Menteri, menyebabkan pasukan khas yang ditubuhkan pada tahun 2011 berkerja secara rahsia dan dapat menyelusuri akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank.
6. Biasanya pihak bank akan memberikan dokumen peribadi seseorang jika ianya diminta oleh pihak polis jika ada surat perintah mahkamah, namun jika ianya dilakukan oleh SPRM, tidak memerlukan surat perintah mahkamah.
7. Kecurigaan bahawa pihak SPRM yang membocorkan maklmuat akaun peribadi Perdana Menteri, apabila The Wall Street Journal membuat laporan berkaitan wang sebanyak USD681 juta dan RM42juta dimasukan ke akaun perdana menteri. Ironinya, sebaik sahaja WSJ membuat laporan tersebut Pasukan khas bertindak menyerbu SRC International anak syarikat Kementerian Kewangan yang dikaitkan dengan wang RM42juta.
8.Melihat kepada keadaan tersebut, siapakah yang membocorkan maklumat kepada WSJ? maklumat itu dianggap benar, kerana pasukan khas yang diketuai Penguam negara terus bertindak, seolah-olah laporan WSJ tersebut tiada cacat celah.
9. Apabila The Wall Street Journal melaporkan pada 3 julai bahawa sejumlah RM2.6bilion telah disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, kita diminta bersabar dan menunggu Perdana Menteri menjelaskannya.
10. Walaupun berbagai senario berlaku, termasuk Peguam Najib menghantar surat guaman kepada Dow Jones, namun akhirnya diketahui bahawa Najib sebenarnya mempunyai dua akaun di Ambank di mana akaun tersebut ditutup pada 30 Ogos 2013 dan satu lagi ditutup pada 9 Mac 2015.
11. Pada 3 Ogos, penantian penjelasan daripada Perdana Menteri akhirnya tiba, namun penjelasan berkaitan akaun tersebut bukan dilakukan beliau melainkan SPRM. Agensi pencegah rasuah tersebut dalam kenyataan singkat mengatakan bahawa wang RM2.6bilion bukan wang 1MDB. Ertinya dakwaa berbagai pihak bahawa wang tersebut berasal daripada syarikat Kementerian Kewangan yang bermasalah tersebut terjawab.
12. Kenyataan SPRM berkaitan akaun peribadi Perdana Menteri antara lain ada menyebut bahawa terdapat empat surat diberikan kepada pihak perbankan yang menyatakan bahawa RM2.6bilion merupakan wang sumbangan.
13. Walaupun kenyataan bahawa wang RM2.6bilion daripada penyumbang budiman, namun ada yang bertanya siapa penyumbang itu dan wang sebanyak itu bertujuan untuk apa? Telah terdengar bahawa wang itu bersumber daripada penyumbang daripada Timur Tengah, dan untuk mengetahui siapa penyumbang itu sudah tentu memerlukan masa yang lama serta tenaga yang ramai bagi menyelongar dokumen-dokumen, namun kini ianya tergendala kerana pasukan khas yang ditubuhkan untuk mencari tahu berkaitan penyumbang tersebut telah dimansuhkan. Ertinya, untuk tindakan mudah, hanya melalui DS Najib Razak sahaja dengan mudah mendapat tahu siapa penyumbang tersebut, itupun kalau perlu untuk diketahui. Akan tetapi, tiada undang-undang yang boleh memaksa Najib untuk menyebut nama penyumbang tersebut, juga Najib tiada paksaan untuk memberi tahu sesiapa berkaitan wang tersebut digunakan untuk apa, kerana wang tersebut bukan merupakan wang rakyat, dan diperolehi bukan melalui salah guna kuasa atau melalui jenayah.