1. Masyarakat dunia sedang memerhatikan Malaysia khususnya dalam menangani kemelut 1MDB. Kenyataan SPRM bahawa sejumlah wang yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri bukan berpunca daripada 1MDB menjadi liputan seluruh dunia daripada Barat hingga ke Timur.
2. Sejak Sabtu lalu telah 7 pegawai SPRM ditangkap disiasat pihak polis, malah berlaku pengelidahan pejabat dan rumah seawal pukul 1 pagi.
3. Polis sedang menyiasat siapa pembocor maklumat 1MDB yang sedang disiasat kepada Sarawak Reports, The Wall Street Journal. Pihak sudah membuat kenyataan bahawa sebarang kebocoran maklumat apa kah berkaitan dengan 1MDB dan wang RM2.6bilion bukan berpunca daripada SPRM.
4. Penyiasat 1MDB termasuk ketua Audit Negara, PAC Parlimen, polis, Jabatan Peguam negara dan Bank Negara.
5. Melalui tindakan polis, seolah-olah mencurigai bahawa kebocoran maklumat siasatan berpunca daripada SPRM, kerana lajimnya agensi itulah yang mengumul dokumen-dokumen.
6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga intgertiti termasuk SPRM, membuat kenyataan hari ini, bahawa tindakan polis menyiasat SPRM keterlaluan. Tindakan tersebut seolah-olah mahu mematah semangat para pegawai pencegah rasuah itu menjalankan tugas.
7. Jika siasatan terhadap 1MDB perlu diteruskan oleh SPRM, maka dokumen-dokumen yang dirampas perlu dikembalikan utuh tanpa kurang sehelaipun.
8. Inilah pertama kali berlaku bahawa SPRM dicurigai sebagai pembocor maklumat berkaitan satu siasatan di bawah kendalian agensi tersebut.