1. Majlis pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri pada Selasa (28 Julai) adalah merasmikan Persidangan Mesyuarat Bahagian Umno Kluang pada Ahad.
2. Semasa berucap pada persidangan tersebut, antara ucapan mantan Perdana Menteri itu bahawa beliau akan terus bercakap berkaitan 1MDB.
3. Kenyataan berkaitan 1MDB merupakan punca Muhyiddin dipecat daripada jawatan Perdana Menteri.
4. 1MDB adalah syarikat gergasi ilham Perdana Menteri, di mana selama 6 tahun mengumpul hutang lebih RM42 bilion.
5. Kini, dalam usaha mengurangkan hutang, hartanah milik syarikat tersebut bakal dijual kepada pelabur asing, antaranya tanah TRX, Bandar Malaysia dan Tanah Ayer Hitam Pulau Pinang. Manakala IPP yang dibeli sebanyak RM18bilion, sebahagian telah diserahkan kepada IPIC (Aabar) Abu Dhabi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
6. Perdana Menteri pada Mac telah berjanji akan menyelesaikan kemelut 1MDB dalam tempoh 6 bulan atau selewat-lewatnya akhir tahun 2015.
7. 1MDB adalah masalah kerajaan, namun, parti Umno terpalit, kerana Umno merupakan tulang belakang kerajaan.
8. Sekiranya Umno bukan tulang belakang kerajaan, sudah pasti parti itu tidak terpalit, seperti mana parti-parti komponen BN yang lain.
9. Oleh kerana kemelut 1MDB bukan masalah parti Umno, maka Muhyiddin akan terus bercakap mengenainya kerana beliau masih merupakan Timbalan Presiden.
10. Besar kemungkinan asas kepada pemecatan Muhyiddin dan Shafie Apdal walaupun dua pemimpin tersebut merupakan pemimpin kanan parti, adalah mesej Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, bahawa kemelut 1MDB bukan masalah Umno akan tetapi masalah kerajaan.