1. Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah menegaskan bahawa asas kepada Umno Sabah adalah kesetiaan dan keikhlasan. Musa berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Bahagian Umno Libaran pada Ahad, di mana beliau juga merupakan Ketua Bahagian kawasan tersebut.
2. Menyentuh berkaitan dengan perkembangan politik tanah air, di mana melalui rombakan Kabinet Persekutuan pada Selasa, di mana menyaksikan penguguran jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden daripada kabinet Persekutuan, Musa berkata, Umno Sabah menerima keputusan tersebut dengan lapang dada, sehingga memungkinkan Umno Sabah tetap teguh dan bersatu.
3. Umno Sabah menghormati tindakan Perdana Menteri melantik anggota kabinet beliau, kerana ianya merupakan kuasa penuh Perdana Menteri.
4.Berhubungan dengan Umno Sabah, Musa menegaskan bahawa setiap ahli dan pemimpin parti itu di Sabah senantiasa mengikuti peraturan dan perlembagaan parti dalam menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dan amalan itu jelas terbukti menjadikan UMNO Sabah mantap dan kuat.
5.Menurut Ketua Menteri Sabah itu, walaupun Umno Sabah sebagai anak bongsu Umno, namun Umno Sabah diiktiraf sebagai deposit tetap dalam Umno di negara ini. Walaupun demikian kata beliau, Umno Sabah tidak takbur, sebaliknya penting untuk seluruh lapisan untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat.
6. Hadir sama pada majlis persidangan tersebut, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan serta MP Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh.