1. Pertanyaan yang perlu dijawab, adalah siapa pembayar kepada tiga individu yang tangkap pada Sabtu yang disyaki menyalurkan maklumat kepada edtor Sarawak reports- Clare Rewcastle-Brown berkaitan 1MDB?
2. Tiga individu yang ditahan tersebut adalah Tan Sri Rashpal Singh yang merupakan mantan penasihat SPRM (telah tamat pada februari 2015), Jessica Gutmeet Kaur pegawai di Pejabat Peguam Negara yang juga setiausaha pada sekteriat Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB dan Ahmad Sazilee Abdul Khairy pegawai pendakwa SPRM yang dipinjamkan ke Pejabat Peguam Negara.
3. Ketiga-tiga individu tersebut ditahan untuk siasatan menurut seksyen 124 acara jenayah. Seksyen 124 adalah undang-undang yang berkaitan dengan tindakan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
4. Sebelum penagkapan tiga individu tersebut, seramai 5 individu yang ada kaitan dengan 1MDB telahpun ditangkap,dan mereka itu telah dibebaskan atas jaminan.
5. Petugas Khas menyiasat 1MDB terdiri daripada Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPRM. Namun selepas berlaku tindakan drastik yang dilakukan Perdana Menetri pada 27 Julai, siasatan terhadap 1MDB menjadi simpang siur.
6. Kini, nampaknya, pihak kerajaan sedang mengejar mereka-mereka yang terlibat membocorkan maklumat 1MDB kepada Sarawak reports, The Wall Street Journal serta surat-surat khabar lain.
7. Pembocoran maklumat berkaitan 1MDB telah mencengkam Malaysia sehingga berimpak kepada kejatuahan nilai ringgit, juga menjadi krisis politik yang menyebabkan dua pemimpin kanan Kabinet Persekutuan dipecat daripada jawatan masing-masing selain pelucutan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.