1. Perkara utama berkiatan dakwaan wang RM2.67bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri perlu penjelasan, jika memang benar, adanya wang diterima Perdana Menteri.
2. Menjawab persoalan wang sebesar RM2.67 bilion, pertama, nyatakan bahawa wang tersebut bukannya daripada 1MDB, dan kedua wang tersebut bukan daripada mereka yang mempunyai kepentingkan dalam negara. Jika ini dibuat, AYT yakin, isu wang tersebut akan tamat.
3. Persepsi kini, wang sebanyak itu digunakan untuk membantu Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13, jika itu benar, nyatakan sahaja, bahawa wang tersebut digunakan jentera BN bukan semasa masa kempen pilihanraya akan tetapi sebelum pembubaran parlimen.
4. Tidak salah parti-parti politik menerima sumbangan kewangan, asalkan sumbangan tersebut bukan daripada syarikat-syarikat kerajaan.
5. Tiada parti yang boleh berjalan tanpa sumbangan kewangan. Adalah rahsia umum, bahawa semua parti berdaftar di Malaysia menerima sumbangan baik daripada individu atau syarikat.
6. Cadangan agar supaya sumbangan kepada parti politik dilaporkan secara terang, dicanggah oleh parti-parti pembangkang, kerana takut, parti pembangkang tidak akan menerima sumbangan daripada pihak-pihak tertentu.
7. Umum mengetahui, belanja parti dalam berdepan dengan pilihanraya bukan sedikit. Kalau dikira, wang sebesar RM2.67bilion belum mencukupi, walaupun peraturan Suruhanjaya bagi seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sesebuah parti hanya dibenarkan berbelanja maksima RM100juta.
8. Jumlah pengundi seluruh negara pada PRU-13 adalah 13.3juta, kalau diambilkira wang RM2.67bilion, ertinya setiap pengundi dibelanjakan RM200 seorang.Oleh kerana cara mendapatkan sokongan melalui merai undi berbentuk perjumpaan, maka belanja mengadakan perjumpaan perlu diambilkira. Kos purata RM200 seorang pengundi, sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan kos merai undi bagi pemilihan Presiden Amerika.
9. Tanggungjawab Perdana Menteri yang juga pengerusi 13 parti komponen BN, bukan ringan. Tanggungjawab Pengerusi adalah memastikan semua jentera setiap parti berjalan pada tahap maksima. Demi mencapai tahap maksima tersebut, sumber kewangan bagi setiap parti dan jentera perlu cukup, jika tidak, maka perancangan memenangi pilihanraya tidak akan berjaya.
10. Pendek kata, bagi menjawab kemelut RM2.67bilion, DS Najib Razak kena jelaskan sumber penyumbang tersebut, kalau penyumbang enggan disebut, maka sekurang-kurangnya NYATAKAN bahawa sumber penyumbang tersebut bukannya daripada 1MDB.
11. Kata kunci kemelut RM2.67bilion adalah bukan daripada 1MDB.