Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Senario PRU-14

$
0
0
Keputusan PRU-13, Bn 133 lawan 89, walaupun undi popular tidak berpihak kepada Bn. Pada PRU itu, belum ada isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Pada PRU itu, Tun Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, Datuk Shafie dan Dato Seri Mukhriz masih bersama Bn.

Pada PRU-14, situasi berbeda. Pembangkang dikemudi Tun Dr Mahathir, bersama parti-parti pembangkang. 

Pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir, sepertimana kenyataan beliau semalam, sebaik sahaja selesai mesyuarat antara pemimpin pembangkang, bagi membincangkan penubuhan parti baru, bahawa matalamat mereka adalah menggantikan kerajaan Bn pada PRU-14. Menurut beliau, hanya melalui kesepakatan melawan Bn satu lawan satu, Bn boleh ditumbangkan. Untuk sementara, halangan utama pembangkang untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu adalah parti Pas. Tetapi, mereka, telah mengambil maklum, parti islam itu, hanya berimpak di kawasan majoriti kaum melayu.

Parti pembangkang, mahu menumpukan kemenangan mereka di Semenanjung, kerana kedudukan yang hampir seimbang seperti mana rekod PRU-12 dan PRU-13. Pada PRU-13, di Semenanjung Bn menang 83 daripada 165 kawasan Parlimen, atau 83:82, Sementara di Sabah dan Sarawak termasuk WP Labuan, daripada 57 kawasan Parlimen, Bn menang 50, iaitu 27 di Sarawak dan 23 di Sabah.

Di atas kertas, memang sukar bagi parti pembangkang menebusi Sabah dan Sarawak, atas sebab itu, mereka memberi tumpuan di Semenanjung. Kalau melihat rekod keputusan PRU-13, terdapatnya 37 kawasan parlimen di Semenanjung yang dimenangi Bn antara 3000-400 undi. Jika Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin dan Dato Mukhriz ada impak, selain impak 1MDB, wang derma Rm2.6bilion serta peningkatan sara hidup akibat GST, tidak mustahil, kawasan marjinal tersebut, setidak-tidaknya separuh berpihak kepada pembangkang. Jika demikian, maka kemungkian besar akan berlaku komposisi baru di Semenanjung, daripada 165 kerusi, Bn menang 70, manakala pembangkang 95.

Bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Melihat kepada ratio di Semenanjung itu, maka Bn perlu mendapat paling sedikit 42 kerusi daripada Sabah dan Sarawak, sementara pembangkang pula hanya 17, bagi membolehkan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. PRU-13, di Sarawak pembangkang menang 4 kerusi daripada 31, manakala di Sabah, 3 daripada 26. Mengingat keputusan PRN Sarawak pada Mei, status quo akan dipertahankan, namun di Sabah, ada perubahan sedikit, akibat pergolakan dalaman pada parti Umno. Kalaulah, parti pembangkang di Sabah bersepakat dan mampu mengemukakan calon tunggal bagi setiap kawasan melawan Bn, maka senarionya jauh berbeza dengan keputusan PRU-13.

Di Sabah, apa yang pasti akan dipertahankan pembangkang adalah parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Penempang. Kawasan terancam adalah Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Beaufort, Batu Sapi, Silam, Semporna, Keningau, Tenom, Kudat, Ranau dan Pensiangan. Memang, dipihak Bn, tidak akan mengakui, bahawa semua kawasan-kawasan tersebut terancam, akan tetapi berasaskan sentimen di lapangan, sebelumpun berlaku pergolakan dalaman pada parti Umno, kawasan-kawasan itu telah bertukar mode, kepada keadaan tahun 1985, kecuali Silam dan Semporna. Namun, akibat tindakan Shafie, maka kini dua kawasan parlimen tersebut termasuk pada kawasan yang akan bakal menentukan kerajaan Persekutuan selepas PRU-14.

Politik Sabah, memang sukar diramal. Sekuat manapun pemimpin peringakat negeri, jika rakyat termakan sentimen, maka mereka terus berpegang pada sentimen itu, sehingga boleh menukar kerajaan. Pada PRU-13, sentimen yang digunapakai pembangkang adalah berkaitan agama dan kesukuan, dan ternyata, mampu menang 12 kerusi. Kecenderungan itu, akan terus mereka pergunakan pada PRU-14, apatah lagi, ianya dirancakkan oleh kehadiran Shafie. Di Sabah, sebenarnya kaum KDM sudah membuat keputusan mahu menukar kerajaan, walaupun ianya tidak dizahirkan secara terang-terangan, namun mereka hanya menunggu masa yang sesuai. Kaum KDM, telah membuat keputusan, bahawa para pemimpin kaum itu yang sedang berada dalam kerajaan, adalah para pemimpin yang menghampiri masa luput atau sudah luput, atas sebab itu, perlu diganti.

Apa-apapun, PRU-14 masih berbaki 18 bulan, mungkin sahaja pemimpin Sabah mempunyai formula baru, bagi mengantisipasi mode para pengundi kaum KDM di kawasan majoriti kaum itu, selain dapat meneutralisasi impak Shafie di Semporna, Silam, Batu Sapi, Kudat dan Sepanggar.

Bagi pihak Bn, memang diduga, bahawa kenyataan daripada para pemimpin gabungan 13 parti itu, kewujudan parti Baru yang diterajui Tun Dr Mahathir tidak mampu bersaing dengan Bn, kerana sejarah masa lampau menunjukkan, bahawa tiada pemimpin serpihan yang mampu mengugat kedudukan Bn, namun setiap masa, perlu diingat, berlaku keadaan dan situasi politik yang berbeda.

Pembangkang selain terus mempergunakan sentimen agama dan kaum, juga memanfaatkan situasi ketidak puasan segelitir ahli dan penyokong Bn. Mereka memanipulasi keadaan dengan maksima, untuk menentukan keputusan PRU-14.

PRU-14. akan melihat, kemampuan strategi masing-masing, kerana PRU 14, bukan lagi bergantung pada isu-isu pembangunan, akan tetapi ditentukan oleh mode pengundi. Pihak mana yang mampu menakluki perasaan pengundi, pihak itulah yang bakal menang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808