Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Parti Serpihan Parti Umno- Tidak Akan Ke mana

$
0
0
Parti Umno tetap akan wujud seperti mana tujuannya ditubuhkan. Umno telah mengalami cabaran daripada awal penubuhannya. Bekas Presiden pertama Onn Jaafar, telah menubuhkan Parti Negara, seripahan parti telah menubuhkan Parti Pas, menubuhkan S-46, dan terakhir Parti Kedailan (kini PKR). Di antara parti seripahan itu, Parti Pas memerlukan masa yang panjang untuk bersaing dengan Umno. Daripada awal penubuhannya, Parti Pas hanya berimpak di Kelantan, dan impak itu sehingga kini. Dalam perjalanan parti itu, pernah merampas Kerajaan Terengganu dan Kedah. Bagi Parti PKR pula, hanya mula terasa pada tahun 2008, apabila bekerjasama dengan Pas dan DAP. Ekoran kerjasama itu, Parti DAP dapat memerintah di Pulau Pinang, juga PKR dapat merampas Selangor.

Melihat senario politik tanah air, kekuatan parti pembangkang memuncak pada PRU-13, dan kini di rasakan, kekuatan pembangkang sudah menurun, dan tidak akan kembali pada pencapaian tahun 2013, untuk masa yang lama. 

Ura-ura pembentukan parti baru oleh mantan pemimpin Umno yang dipecat- Tan Sri Muhiyiddin dan Dato Seri Mukhriz Mahathir atau menyertai parti pembangkang yang sedia ada, diramal tidak akan mampu mengugat penguasaan parti Barisan Nasional, kerana rakyat sudah menerima bahawa kepimpinan Bn sebenarnya benar-benar membela rakyat. Para pemimpin kerajaan, menunjukkan bagaimana membela rakyat, khususnya mereka yang perlu dibela. Pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M), bagi mereka yang terkena langsung oleh rasionalisasi subsidi minyak dan gula serta pelaksanaan GST, sebenarnya mengena, walaupun sebelum ini, tindakan itu dikritik, kononnya menyebabkan rakyat malas atau menghina rakyat dengan mendakwa meraka itu yang menerima bantuan itu sebagai pemakan dedak (dedak adalah makanan ayam atau itik).

Tindak balas rakyat terhadap polisi kerajaan yang dipkenalkan DS Najib Razak sebaik sahaja diantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009, walaupun secara jumlah undi seolah-olah ditolak pada PRU-13, namun selepas rakyat menghayati disebalik tindakan kerajaan itu, rakyat bertindak balas positif semasa PRK selepas PRU-13. Tindakan rakyat tersebut, terlihat apabila calon Bn berjaya merampas parlimen Teluk Intan daripada DAP. Kemudiannya rakyat tunjukkan melalui PRN-11 Sarawak, dan terkini melalui PRK berkembar Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Memang dalam politik tiada yang mustahil, namun, apabila rakyat secara majoriti berfikiran, bahawa parti yang sedang memerintah Persekutuan sebenarnya sebuah kerajaan yang benar-benar memerintah untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan, berbeza sangat dengan cara parti lawan memerintah, seperti mana yang di lakukan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, maka rakyat kembali menyokong Bn. Sementara di Kelantan, oleh sebab rakyat telah terbiasa dengan cara hidup mereka, maka rakyat negeri itu, tidak kesah sangat, mana parti yang memerintah. Terbukti, apabila rakyat kesah dengan parti yang memerintah, di Kedah dan Perak kembali ke pangkuan Barisan Nasional pada PRU-13 (Perak pernah diperintah Pas dan DAP setakat Februari 2009).

Berasaskan perkembangan politik mutakhir ini, Selangor bakal dirampas Bn pada PRU-14, manakala Pulau Pinang, jika tidak dapat dirampas pun, Parti DAP akan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, dan akan tumbang, jika berlaku lompat parti seperti mana berlaku di Perak.

Kepimpinan DS Najib Razak, memang berbeza pendekatan dengan Perdana Menteri terdahulu. Najib membuat polisi sesuai dengan keperluan rakyat baik jangka pendek mahupun panjang. Sebagai contoh, pelaksaan GST, sebenarnya untuk menyelemat kewangan negara, demikian juga rasionalisasi subsidi. Bayangkan, jika rasionalisasi subsidi dan GST tidak dilakukan, dengan penurunan harga minyak, sudah tentu, kerajaan kekurangan kewangan untuk melaksanakan projek-projek yang berfaedah kepada rakyat, demikian juga, kerajaan tidak dapat meneruskan BR1M, dan seterusnya kerajaan tidak dapat memberikan bonus kepada penjawat awam termasuk pesara. 

AMT Umno, sebenarnya telah berfikir masak semasa bertindak memecat Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Seri Mukhriz Mahathir serta menggantung Datuk Shafie Apdal daripada parti. AMT memang menjangkakan, bahawa tindak balas bahagian-bahagian, kususnya Pagoh, di mana Muhiyiddin telah memimpinnya sejak tahun 1984, demikian juga Semporna yang dipimpin Dato Shafie Apdal bermula tahun 1994, selepas Tun Sakaran melepaskannya kerana dilantik sebagai TYT Negeri Sabah. Manakala Bahagian Jerlun, di mana Mukhriz merupakan Ketua bahagian, tidak akan ditangisi oleh sesiapa, atas sebab mantan Menteri Besar Kedah tiada kekuatan akar umbi di kawasan tersebut.

Tindak balas bahagian Semporna yang keluar beramai-ramai kecuali Timbalan Ketua Bahagian Datuk Seri Nasir Sakaran bersama 181 Ketua Cawangan, memang sudah diramal daripada awal-awal lagi. Walaupun keluarnya semua AJK Bahagian termasuk Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri, hanya menjadikan bahagian itu lumpuh, namun kewujudan Umno di kawasan itu masih ada, kerana penutupan atau pembubaran bahagian hanya boleh dilakukan oleh Majlis Tertinggi parti. Oleh kerana sebahagian besar AJK keluar parti, maka Bahagian itu akan diurus oleh pemangku Ketua Bahagian bersama-sama AJK lantikan sementara, sementara menunggu pemilihan parti.

Pergolakan di semporna, tidak akan mempengaruhi bahagian-bahagian lain di sabah, kecuali mungkin Bahagian Silam, atas sebab bahagian itu dipimpin oleh adik kepada Datuk Shafie, iaitu Yusof Apdal. Jikapun, Yusof ikut langkah AJK bahagian Semporna, bahagian itu akan tetap ada, dan akan diambil alih oleh pemangku Ketua bahagian bersama-sama AJK bahagian lantikan.

Keutuhan Umno Sabah, tidak akan tergoyahkan akibat pergolakan Umno Semporna, dan mungkin diikuti oleh Umno Silam, atas sebab, pemimpin dua bahagian itu, tidak mempunyai jaringan dengan bahagian-bahagian lain.

Senario politik Sabah, tidak sama dengan keadaan tahun 1976 dan 1985. Jika pada tahun 76 dan 85, kerana adanya isu besar yang berkaitan dengan rakyat, manakala isu yang melanda Semporna dan mungkin merebak di Silam hanya berunsur pribadi, bukannya berkait rapat dengan rakyat jelata.

Sejarah telah membuktikan dalam politik Sabah, keluarnya pemimpin atas sebab kepentingan pribadi tidak merebak kepada majoriti rakyat, seperti mana berlaku, apabila Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing keluar daripada parti masing-masing, ianya tidak berimpak di kawasan lain, dan hanya berlegar-legar di kawasan sendiri. Mungkin, atas faktor sayangkan pemimpin, parlimen Semporna dan DUN Sulabayan akan berpihak kepada wakil rakyat mereka, demikian juga di DUN Lahad Datu. Namun, kawasan itu tidak ketandusan pemimpin. Di Semporna, ramai pemimpin Umno di kawasan itu yang boleh dihandalkan menawan Semporna bagi pihak Bn, demikian juga DUN Sulabayan dan Dun Lahad Datu. 

Sebenarnya, tindakan Bahagian Semporna keluar beramai-ramai daripada parti, tidak membawa kesan besar kepada Umno Sabah. Tindakan mereka, ibarat kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808