Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seseorang pemimpin Umno yang jarang bercakap dalam sebarang mesyuarat.
Ramai Ahli Majlis Teringgi parti mengsahkan, bahawa Muhiyiddin bukanlah seseorang yang suka bercakap dalam sebarang mesyuarat.
Atas sebab itu, apabila Mantan Timbalan Perdana itu, lantang bercakap, khususnya berkaitan isu yang menyelubungi Perdana Menteri, maka ramai pemimpin Umno, baik daripada Bahagian Umno atau AMT menjauhkan diri daripada beliau.
Sebab mereka itu mejarak diri daripada Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya itu, kerana beliau tidak pernah menyuarakan apa yang dipercakapnya di luar dalam sebarang mesyuarat parti.
Kini Muhiyiddin bercakap seolah-olah seorang pembangkang. Bercakap dengan berbagai dakwaan. Seolah-olah apa yang dicakap beliau itu, hanya beliau sahaja yang tahu.
Melalui cara mantan TPM itu bercakap, seolah-olah, beliau menjadi tape recorder pada semua mesyuarat parti atau kerajaan. Tugas sebagai tape recorder, hanya merekod, tanpa mengulas atau bercakap mengenai sebarang isu yang direkod.
Kini, Muhiyiddin mengulas, seluruh rekod yang direkodnya dengan interprestasi sendiri.
Tindakan DS Najib Razak melucutkan jawatan kabinet Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada Julai 2015, kini sudah terjawab. Rupanya, mantan TPM itu bagaikan api dalam sekam, gunting dalam lipatan.