Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Tun Dr Mahathir Cemburu Pada Kepimpinan DS Najib

$
0
0
Punca sebenar, mengapa Tun Dr Mahathir keluar daripada Parti Umno, hanya kerana kecemburuan beliau kepada DS Najib Razak yang mampu mendapat sokongan teguh daripada setiap lapisan pemimpin parti itu, walaupun diasak dengan berbagai dakwaan skandal.

Tindakan menyingkirkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan masing-masing mendapat sokongan semua lapisan. Satu keadaan yang tidak sangka sama sekali oleh mantan Perdana 22 tahun itu. Sokongan yang diterima DS Najib dalam tindakan beliau membersihkan petualang daripada parti diterima dan disokong. Keadaan itulah yang sangat mengecewakan Tun Dr Mahathir.

Sejak Disember 2014, Tun Dr Mahathir berusaha menarik sokongan daripada para pemimpin Umno yang mempunyai jawatan agar supaya bersama-sama beliau memaksa DS Najib Razak meletakkan jawatan. Daripada sekian ramai pemimpin, hanya tiga orang yang menyertai mantan Perdana Menteri itu termasuk anak beliau sendiri.

Semalam semasa mengumumkan keluar daripada Umno, mantan Perdana Menteri itu secara tidak langsung merujuk kecemburuan beliau terhadap kepimpinan DS Najib, apabila mendakwa, bahawa Parti Umno telah dihijack oleh DS Najib untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri itu. Tanda kecemburuan Tun Dr Mahathir lagi, ditandai dengan kenyataan, bahawa Parti Umno bukan lagi parti politik, akan tetapi parti individu.

Dalam sidang akhbar Tun Dr Mahathir semasa pengumuman keluarnya beliau daripada Parti Umno, memberi alasan bahawa beliau tidak sanggup berpresidenkan seseorang yang menyalahgunakan kedudukan khususnya berkaitan dengan wang derma RM2.6bilion dan RM42milion. Ternampak sangat, perasaan cemburu mantan Perdana Menteri itu, apabila terus mengulang-ulang cerita yang sama, sehingga menjadi “broken tape”.

Tindakan mantan Perdana Menteri itu pada Isnin keluar daripada parti, merupakan kali ketiga beliau tidak bersama parti. Tahun 1969, beliau dipecat daripada parti. Tahun 2008 keluar daripada parti, dengan memberi alasan serupa, iaitu tidak sanggup berpresidenkan Presiden yang sedang memangku jawatan.

Memang diakui, bahawa Tun Dr Mahathir pernah menjadi presiden selama 22 tahun. Dalam tempoh masa itu, tiada yang boleh menafikan, bahawa beliau tiada penyokong. Namun apa yang pasti, jumlah penyokong itu, tidak menjadikan Umno kalah dalam PRU-14, kerana kedudukan para penyokong itu berselerak di seluruh 191 kawasan parlimen atau bahagian. Sistem demokrasi Malaysia berasaskan kepada kawasan parlimen atau DUN, bukannya berasaskan undi popular. Fakta yang menyokong, bahawa secara keseluruhan, bahawa sosok tubuh pemimpin seperti Tun Dr Mahathir, tidak akan menyebabkan Umno kalah, apabila beliau pernah kalah merebut kumpulan G7 di Bahagian Kubang Pasu, di mana beliau merupakan mantan Ketua Bahagian berdekad-dekad.

Impak Tun Dr Mahathir hanya pada kawasan-kawasan marjinal, di mana kemenangan calon-calon Umno atau BN di bawah 1000 undi. Tetapi, jangan lupa, setiap pilihanraya, mood pengundi berbeza. Sesuatu kawasan yang kalah dalam jumlah undi marjinal boleh ditawan semula, demikian juga sebaliknya.

Pada PRU-13, Umno secara keseluruhan menang 88 kerusi Parlimen, 9 kerusi lebih tinggi berbanding PRU-12. Sedangkan, PRU-13, merupakan IBU kepada semua pilihanraya bagi pihak pembangkang. Dalam ilmu ekonomi PRU-13 merupakan puncak/optimum sesebuah pilihanraya di mana rakyat menyebelahi pembangkang. Oleh kerana keadaan optimum sudah berlaku, maka PRU-14, merupakan trend baharu, ertinya, mood pengundi, menyebelahi pihak lawan Umno/Bn tidak sama lagi seperti PRU-13.

Atas sebab mood pengundi berbeza, selain kecenderungan terhadap pembangkang sudah mencapai puncak, maka berdepan dengan PRU-14, seperti kata Ketua Penerangan Umno yang baru- Tan Sri Annuar Musa, bahawa Umno/Bn bersiap sedia mengharungi PRU-14 tanpa Tun Dr Mahathir, dan yakin bahawa Umno/Bn akan menang cemerlang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808