Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Tan Sri Muhiyiddin Yassin: Hanya Menghitung Hari

$
0
0
Apakah mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi parti yang berlangsung esok (jumaat) akan menentukan kedudukan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam parti?

Pada Sabtu yang lalu, mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau bersedia dipecat daripada parti atau Timbalan Presiden, jika memang beliau melakukan salah laku.

Mantan Timbalan Perdana itu, kerap bercakap mahu memperkuat parti, untuk tujuan itu, maka Presiden parti perlu meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, agar supaya parti mempertahankan kekuatan. 

Menurut Muhiyiddin, parti menjadi lemah dan kemungkinan besar akan ditolak rakyat, kerana skandal yang menyelebungi DS Najib. Masalah yang ada menurut Timbalan Presiden Umno bukannya terletak kepada faktor parti, akan tetapi terletak kepada sosok tubuh DS Najib Razak.

Muhiyiddin telah menerima bulat-bulat alasan yang kerap dikumandangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa masalah yang didepani parti Umno, bukan penolakan rakyat terhadap parti itu, akan tetapi rakyat terpaksa menolak hanya kerana DS Najib Razak sebagai Presiden, dan atas keududukan itu, maka dilantik sebagai Perdana Menteri.

Hipotesa mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir- Jika DS Najib Razak TIDAK letak jawatan sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri, maka Umno/Bn akan kalah pada PRU-14. Faktor yang mendokong hipotesa itu adalah isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Para pengeritik DS Najib, langsung tidak percaya ke atas tindakan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri berkaitan wang derma RM2.6bilion dan wang SRC International yang berjumlah RM42juta.

Menurut mereka, Tan Sri Apanadi Ali terpaksa bertindak demikian, kerana terhutang budi kepada Perdana Menteri, kerana melantik beliau sebagai Peguam Negara.

Sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri julai lalu, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, mengulang-ulang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Malah mantan Timbalan Perdana Menteri mempersoalkan, mengapa DS Najib tidak menyaman The Wall Street Journal yang membuat laporan berkaitan wang derma tersebut. (AYT adalah menulis, mengapa DS Najib Razak tidak menyaman WSJ disini).

Kedudukan Muhiyiddin dalam parti, semakin tidak selamat berikutan telah ramai anggota Majlis Tertinggi parti bersuara menentang Timbalan Presiden parti itu.  Menurut mereka, mantan TPM itu telah melepaskan peluang bertaut kembali yang diberikan Presiden parti semasa PAU parti pada Disember lalu.

Ramai yang melihat mengekalkan Muhyiddin pada kedudukan Timbalan Presiden parti, lebih banyak membawa rebah daripada mendapat sokongan. Atas dasar itu, maka dicadangkan agar beliau sekurang-kurangnya digantung keahliannya daripada parti. Dengan demikian, maka rakyat atau ahli tidak terkeliru atas tindak tanduk beliau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808