Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Saman WSJ: TS Muhiyiddin Perlu Baca Speech Act Amerika Sebelum Cabar DS Najib

$
0
0
Rachel Ehrenfeld, pengasas ‘think-tank’ bernama American Center for Democracy telah menulis sebuah buku berjudul “Funding Evil: How Terrorism is Financed, and How to Stop It” pada tahun 2003.

Dalam buku tersebut, Rachel telah tuduh Khalid bin Mahfouz, seorang ahli perniagaan daripada Arab Saudi sebagai banker utama untuk kumpulan pengganas al-Qaeda.

Khalid, seperti dijangka, telah failkan kes saman terhadap Rachel di England tetapi Rachel enggan akur kepada perintah Mahkamah England untuk jawab tuntutan dalam kes saman yang difailkan terhadapnya.

Hujah Rachel adalah beliau berasal daripada Amerika dan buku tersebut pun diterbitkan di Amerika. Maka, menurutnya walau apa jua kes yang ingin difailkan terhadapnya pun, kes tersebut harus difailkan di Amerika Syarikat.

Mahkamah England telah tolak alasan Rachel tidak bela diri dan dalam ‘Judgement in Default’ mereka putuskan bahawa Rachel perlu hancurkan buku tersebut dan bayar ganti rugi sebanyak 250 ribu Pound kepada Khalid.

Lumrahnya dalam situasi sebegini, Mahkamah di Amerika Syarikat akan menguatkuasakan keputusan penghakiman Mahkamah England dan pastikan Rachel memenuhi kehendak keputusan penghakiman Mahkamah England.

Tetapi, sebuah Rang Undang-undang telah diluluskan di New York iaitu Libel Terrorism Protection Act (kini dikenali secara popular sebagai Rachel’s Law). Apa yang tertakhluk di dalam Akta baru ini adalah mana-mana keputusan kes Mahkamah England tidak lagi mampu diperkuatkuasakan di Amerika.

Rachel’s Law ini kemudian telah dibawa ke Senat Amerika dan pada tahun 2010, Presiden Obama telah perkenalkan “Speech Act” yang telah beri perlindungan yang kebal kepada pembuat dan pembikin kenyataan.

Implikasi Akta baru ini lah yang menyulitkan kes saman PM terhadap WSJ daripada difailkan,

Mengikut sistem perundangan di UK, defendan kes harus beri justifikasi yang sewajarnya kepada kenyataan yang dikeluarkannya terhadap plaintif. Maka, ikut prosedur ini, WSJ lah yang harus beri bukti untuk mengesahkan apa yang ditulis di dalam artikel mengenai PM Najib adalah benar dan sahih…

Tetapi, selepas Rachel’s Law diluluskan di Amerika, plaintif yang failkan kes pula pikul tanggungjawab untuk buktikan apa jua yang mereka sebut pasal diri plaintif adalah fitnah dan berunsur mala fide.

Dan, apabila PM Najib dapat juga buktikan semua kenyataan yang diterbitkan mengenai 1MDB dan duit 2.6 billion adalah fitnah melalui kenyataan SPRM, laporan PAC, akuan bersumpah Justo, keputusan report antarabangsa yang sebut dokumen yang keluar di Sarawak Report dimanipulasikan dan keputusan Peguam Negara untuk tidak dakwa PM,

Kepada yang kenal PM Najib, pasti akan tahu beliau tak failkan kes lagi kerana tidak mahu heret orang yang bantunya dengan beri dana untuk PRU tidak turun naik Mahkamah walaupun hanya sebagai saksi..

Seharusnya pengeritik DS Najib khususnya pemimpin Umno termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin membaca Speech Act Amerika, sebelum mendesak agar DS Najib menyaman WSJ.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808