1. SELEPAS melihat bagaimana perwakilan Umno seluruh negara menyokong kepimpinan DS Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, kini pembangkang mengubah taktik, melalui turun padang mempengaruhi akar umbi Umno di peringkat cawangan di seluruh negara, dengan membawa dua misi, iaitu isu derma RM2.6bilion dan 1MDB.
2. Pembangkang tahu betul, bahawa jumlah perwakilan hanya 0.17 peratus berbanding seluruh ahli Umno, atas sebab itu, mereka memberi fokus kepada kumpulan besar.
3. Pembangkang, khususnya parti-parti yang berkumpul dalam Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah) akan cuba mempengerahui akar umbi Umno, dengan MISI- NEGARA MESTI DISELAMATKAN, BUKAN MEMPERTAHANKAN SEORANG PEMIMPIN.
4. Pemimpin membangkang, akan membuat dakwaan, kononnya semua pemimpin Umno dan perwakilan yang menyokong DS Najib Razak, telah mendapat habuan kewangan, dan sebaliknya akar umbi hanya digunakan sebagai batu loncatan untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan.
5. Taktik pembangkang, antara lain menimbulkan kecurigaan antara satu pemimpin dengan satu pemimpin di peringkat cawangan, dengan menghighlight material yang dimilki, agar supaya timbul cemburu antara satu sama lain.
6. Mereka memabanding keadaan seseorang sebelum menjadi penyokong kuat seseorang pemimpin dengan keadaan sebelumnya, agar supaya timbul kemarahan bagi pemimpin akar umbi yang tidak mendapat peluang.
7. Pembangkang mempergunakan taktik cemburu, antara satu sama lain, untuk menghakis perjuangan pemimpin akar umbi.
8. Selain itu, pembangkang akan membangkitkan, perasaan pejuang tegar yang diabaikan, berbanding dengan mereka yang sekian lama memaki hampun parti umno dan pemimpin, namun kini dikedepankan dalam setiap peluang dan diberi peranaan.
9. Taktik, menyentuh perasaan pemimpin akar umbi serta ahli akar umbi di peringkat cawangan Umno di seluruh negara, merupakan taktik pecah agar supaya, memberi peluang kepada pembangkang menang bagi kawasan-kawasan Bn, khususnya kawasan marjinal.
10. Pembangkang tahu benar, di peringkat parlimen, terdapat 37 kawasan di seluruh negara, jika 5 peratus sahaja pengundi Bn bertukar arah, dengan catitan penyokong pembangkang kompak, maka Bn akan kehilangan 37 kawasan parlimen.
11. Bercakap mengenai habuan kewangan sebenarnya, lebih kuat impaknya, berbanding, ada pemimpin utama diketepikan. Impak wang derma RM2.6bilion dan 1MDB lebih keras berbanding pelucutan jawatan Tan Sri Muhiyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pelucutan jawatan Dato Shafie Apdal daripada kabinet.
12. Pembangkang mempergunakan faktor derma RM2.6bilion dan 1MDB secara maksima, dengan berbagai dakwaan, tokok tambah, rempah ratus, semata-mata untuk mencantas pendirian akar umbi Umno. Pembangang, hanya mentargetkan 5 peratus swing sokongan akar umbi Umno untuk menang di kawasan-kawasan marjinal.