Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Selepas PAU2015- Ole-Ole Perwakilan Kepada Akar Umbi?

$
0
0
1. Para perwakilan yang hadir pada PAU 2015 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu, kini mungkin sudah berada di kawasan masing-masing, walaupun ada juga masih di ibu negara, menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga. Bagi yang berduit, terus ke luar negara, bukti itu didapati melalui nada dering daripada telepon bimbit mereka.

2. PAU pada kali ini, tidak banyak membawa isu, walaupun keadaan PAU yang agak mencabar, akibat perbalahan dalam parti. 

3. Mengikuti perbahasan, nampaknya rata-rata perwakilan berhujah berkaitan dengan pertautan pemimpin, perdamaian pemimpin, walaupun ada juga perwakilan bercakap soal-soal kehidupan yang didepani, khususnya kenaikan sara hidup akibat lonjakan harga barangan yang disebabkan oleh beberapa faktor.

5. AYT tertarik ucapan daripada seorang perwakilan (terlupa catit negeri mana) yang menyarankan, agar BR1M diberikan berasaskan bulanan, kepada mereka yang terjejas teruk akibat peningkatan sara hidup yang mendadak naik, akbiat beberapa polisi kerajaan yang tidak popular. Saranan itu, sebenarnya bukan perkara baru, kerana tindakan seperti itu berlaku bagi negeri yang sedang membangun mahupun yang sudah membangun. Ada negara-negara memberikan bantuan bulanan kepada rakyat yang tergolong kurang mampu, agar supaya rakyat itu, mampu memndapatkan taraf kehidupan minima sebagai rakyat, yakni cukup makan yang berkualti, serata cukup tempat tinggal yang memenuhi syarat sebagai rakyat yang merdeka.

6. Sebenarnya, kerajaan jika memberikan bantuan bulanan kepada mereka yang terjejas atau mereka yang tergolong dalam kategori yang perlu dibantu, daya beli golongan ini akan meningkat, ertinya turnover barangan juga senakin laju, dan pada gilirannya, produktiviti juga semakin bertambah. Kerajaan memperolehi cukai daripada produktiviti yang bertambah, semakin tinggi produktiviti dan semakin cepat produk terjual, maka semakin besarlah cukai yang bakal diperolehi kerajaan.

7. Sayang sungguh, semasa penggulungan Presiden Parti, beliau terlepas padang saranan daripada perwakilan itu. Bagi AYT, saranan itu, merupakan salah satu produk PAU2015, jika ianya dipersetujui disamping salam perdamaian daripada Presiden.

8. Cadangan pemberian BR1M bulanan kepada rakyat yang kurang mampu, sebenarnya satu penyelesaian jangka pendek bagi mendepani, rasa resah rakyat khususnya kumpulan sasar yang sedang berdepan dengan keperitan hidup. 

9. Keadaan sekarang, sebenarnya tidak sama dengan keadaan tahun 1997/1998 di mana berlaku krisis kewangan, kerana masa itu yang tertempias adalah mereka yang mempunyai komitmen dengan sistem perbankan. Keadaan kini, rakyat majoriti yang terkena, kerana akibat lonjakan sara hidup yang mendadak naik, akibat beberapa polisi kerajaan, seperti GST, rasionalisasi subsidi dan sebagainya.

10. Kerajaan belum terlambat, pelaksanaan memberi bantuan tunai bulanan kepada kumpulan sasar masih boleh dilakukan. Fikir-fikirkan lah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808