1. Berbulan-bulan, dilakukan pembangkang dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk memberikan imej buruk kepada DS Najib Razak, dengan mempergunakan 1MDB, wang derma RM2.6bilion semata-mata untuk mempengaruhi para MP Bn serta pemimpin Bn, namun, tindakan mereka itu, tidak dapat mempengaruhi para MP Bn, walaupun ada satu-dua pemimpin kanan parti Umno serta beberapa cawangan Umno terpengaruh dengan dakyah mereka itu.
2. Dalam permainan yang penting keputusan akhir demikian juga dalam sesebuah pertandingan, yang penting keputusan pertandingan itu. Pembangkang dan Tun Dr Mahathir cuba memkasa DS Najib Razak meletakkan jawatan melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat, namun tindakan itu tidak mempunyai merit, kerana pembangkang tidak mempunyai kekuatan daripada segi jumlah, kerana pembangkang dalam Pakatan Harapan yang beria-ia sangat membawa usul memaksa DS Najib meletakkan jawatan hanya mempunyai 71 MP, kerana seorang lagi Lim Kit Siang dgantung selama 6 bulan kerana memfitah Speaker Dewan Rakyat.
3. Sebelum pengundian Bajet2016 pada malam Isnin, pembangkang mengwar-warkan akan dapat mempengaruhi 41 MP Bn, khususnya daripada Sabah dan Sarawak, namun melalui pengundian itu, hanya seorang MP dari Sabah tidak mengundi, kerana tidak hadir semasa pengundian.
4. MP Pagoh dan Gua Musang, yang digembar gemburkan oleh Pakatan Harapan, kononnya antara yang menyokong tindakan mereka ternyata tidak berlaku, kerana dua MP itu merupakan sebahagian daripada 128 MP yang menyokong Bajet2016 walaupun diperingkat dasar. Sebenarnya hanya 127 MP Bn menyokong Bajet itu, kerana 7 MP tidak hadir, manakala seorang lagi adalah MP Bandar Tun Razak- Mantan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Para MP Pas berkecuali, walaupun tiga daripadanya menyokong penolakan Bajet2016.
5.Terlihat benar, walaupun berbagai cara dan dakwaan terhadap DS Najib, ternyata para wakil rakyat Bn masih menaruh harap dan menyokong kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri. Juga diketahui bahawa kepimpinan PM itu bukan sahaja disokong para MP akan tetapi para Ketua Bahagian Umno dan para pemimpin komponen parti Bn.
6. Hingga setakat ini, tiada seorangpun pemimpin komponen parti Bn menolak kepimpinan DS Najib. Apa yang ada adalah pemimpin Umno sendiri tersmasuk pemimpin veteran.
7. Dalam demokrasi yang penting adalah suara majoriti, kerana satu undipun dikira pemenang.
8. Para pemimpin veteran Umno yang dipandu Tun Dr Mahathir kerap menyatakan bahawa, jika DS Najib meneruskan jawatan sebagai Perdana Menteri, maka Bn akan kehilangan kuasa pada PRU-14 akan datang. Namun, mantan PM itu lupa, setiap MP yang menyokong PM tersebut juga mempunyai sokongan di kawasan masing-masing. Dalam setiap pilihanraya, kemenangan seseorang calon, selain sokongan padu parti juga sokongan akar umbi terhadap seseorang calon tersebut. Seperti kata MP Johor Baharu-Tan Sri Sharir Samad, setiap MP mempunyai tugasan untuk memenangkan calon parti di kawasan masing-masing, kerana para MP atau pemimpin setempat sahaja mengetahui cita-rasa para pengundi di kawasan masing-masing.
9. Menghormati para pemimpin veteran, merupakan salah satu budaya dalam Umno, namun para pemimpin veteran itu juga perlu sedar, bahawa kempimpinan mereka sudah berlalu. Kata orang sekali air bah sekali pantai berubah, demikian juga kepimpinan. Cita-rasa rakyat senantiasa berubah, atas sebab itu, setiap pilihan raya, ada sahaja calon baru diketengahkan, malah jika tidak berlaku bertukaran, maka kekalahan bisa sahaja berlaku.
10. Sokongan terhadap DS Najib mengambarkan, bahawa para pemimpin masih yakin dan percaya, bahawa kepimpinan DS Najib boleh membawa negara ke mercu kejayaan.