1. Gabungan pembangkang dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mahu mempergunakan parlimen untuk memaksa DS Najib Razak meletakan jawatan, tidak kesampaian, apabila 128 MP menyokong Perdana Menteri berbanding 74 menolak. Undian sokongan tersebut dizahirkan melalui undian terhadap Bajet2016 bagi bacaan kedua di dewan rakyat semalam.
2. Walaupun sebelum ini telah diwar-warkan ada beberapa MP Bn akan bersengkokol dengan pembangkang termasuklah mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin, namun perkara itu tidak berlaku, sebaliknya MP Pagoh dan Timbalan Presiden Umno itu menyokong bajet2016 tersebut. Namun apa yang malang, salah seorang MP, iaitu MP Semporna yang juga Naib Presiden Umno dan mantan Menteri KKLW yang telah dipecat hujung bulan Julai lalu, tidak hadir semasa sesi pengundian tersebut.
3. Bajet2016 sebenarnya bajet rakyat, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan 40 peratus yang terkena tempias akibat pergolakan ekonomi global yang menyebabkan penurunan harga minyak, penurunan nilai ringgit terhadap dolar amerika, kenaikan harga barang akibat permainan peniaga yang mengkambing hitamkan GST, serta penurunan harga komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah.