Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

Malaysia Melakar Sejarah Apabila Perdana Menteri Penuh Dengan Skandal

$
0
0
1. Sejak merdeka Tahun 1957, dengan enam Perdana Menteri, hanya Perdana Menteri ke-6 dipenuhi berbagai skandal.

2. Dato Seri Najib Razak bukan sahaja berdepan dengan dakwaan penyelewengan kewangan juga dikaitkan dengan jenayah pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu.

3. Bukan sahaja skandal yang disebutkan pada para 2 tersebut akan tetapi persepsi rakyat bahawa Perdana Menteri dikuasai isterinya juga merupakan satu masalah yang dihadapi Perdana Menteri.

4.Tun Dr Mahathir telah membuat kesimpulan, bahawa Barisan Nasional akan kehilangan kuasa pada PRU-14, selagi DS Najib Perdana Menteri.

5. Kesimpulan mantan Perdana Menteri itu tidak mengambil kira keretakan Pakatan Rakyat, memandangkan Pakatan Rakyat sudah terkubur, maka senario sudah berbeda.

6. Memang jika DS Najib masih Perdana Menteri maka UBN lemah, akan tetapi Pakatan Rakyat juga lemah. Dua belah pihak yang lemah akan bertembung pada PRU-14, hanya kekuatan jentera dan kewangan yang menyebelahi pemenang.

7. Faktor yang kelihatan melemahkan DS Najib adalah faktor persepsi. Berbagai isu yang spra benar belegar-legar di sekeliling beliau, apa tah lagi isu-isu tersebut saban hari merupakan santapan rakyat disiarkan melalui berbagai apilkasi media, khususnya media sosial.

8. Ketembusan media sosial masa kini, cukup membawa perespi yang cukup tinggi dan berimpak, sebagai contoh dalam kejadian pergaduhan di Low Yat Plaza pada Sabtu, kerana laporan media sosial, hampir sahaja pergaduhan tersebut menjadi malapetka negara.

9. Persoalan kini, apakah Perdana Menteri akan dapat sokongan rakyat? berasaskan kepada persepsi yang menyelubungi beliau? Kerana kemenangan 100% tergantung kepada rakyat jelata, bukannya terletak kepada sokongan para pemimpin. AYT teringat tahun 1985, di mana Parti Berjaya yang sedang memerintah Negeri Sabah begitu kuat sebelum PRN tahun yang sama. Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semasa berucap di Pulau Labuan semasa kempen, bahawa beliau akan "sink and swim dengan Parti Berjaya"- namun keputusan PRN Sabah tersebut, Parti Berjaya hanya menang 5 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Apa kah nasib Parti Berjaya akan diwarisi UBN pada PRU-14?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801