Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801

Kemelut 1MDB Membawa Persepsi Negatif Yang Amat Besar Kepada PM

$
0
0
1. Meskipun laporan WSJ sangat mengelirukan menurut Peguam Perdana Menteri namun laporan surat khabar milik Dow Jones tersebut membawa persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

2. Persepsi yang membawa pengertian negatif memang disukai rakyat Malaysia, sebagai contoh pergaduhan di Low Yat Plaza pada Sabtu, hanya kerana tindakan mencuri, boleh menyebabkan pergaduhan dan kerosakan harta benda.

3. Sejak disiarkan pada 2 Julai oleh WSJ kononnya sejumlah RM2.67bilion telah dimasukan ke akaun Perdana Menteri di Ambank, namun hingga setakat ini, tiada mana-mana pihak mengesahkan berkaitan laporan tersebut, malah WSJ dan Sarawak Reports tidak dapat mengesahkan dokumen yang digunakan, sebaliknya hanya mengkambing hitamkan petugas khas dan para pegawai bank negara kononnya sebagai sumber maklumat.

4. Salah satu kandungan laporan WSJ antara lain menyatakan walaupun sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, akan tetapi akaun tersebut bukan diurus oleh beliau melainkan pihak lain di mana pihak lain tersebut mengurus dana dalam akaun tersebut atas surat kuasa. Pelik bunyi laporan ini, kerana berbagai persoalan timbul, mengapa Perdana Menteri memberi kuasa kepada pihak lain mengurus akaun peribadinya, yang mempunyai dana berbilion ringgit, jika benar bahawa akaun tersebut milik peribadi sebenar.

5. Sebenarnya satu kaedah atau tatacara dalam Parti Umno yang ramai tidak ketahui bahawa Perdana Menteri dibenarkan memegang dana parti di mana kaedah ini telah lama berlaku dan diamalkan sejak zaman mantan Peradana Menteri Tun Dr Mahathir. Akaun dana Umno tersebut dibawah nama Perdana Menteri sebagai pemegang amanah.

6. Jika sejumlah wang didakwa dipindahkan dari SRC International yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan adalah bagi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Oleh itu, jika ahli lembaga SRC International memberi kebenaran untuk memperuntukkan dana bagi tujuan CSR, jadi memberi wang kepada Ihsan Perdana bukanlah satu kesalahan.

Sebagai contoh syarikat MOF lain seperti Khazanah, Petronas, juga melaksanakan CSR. Jumlah CSR dilaksanakan oleh SRC nampak tepat 1 peratus (RM40m) daripada dana RM4 bilion mereka – satu jumlah yang munasabah.

Walaupun Ihsan Perdana telah menafikan bahawa dana itu telah dipindahkan ke akaun PM atau kepada mana-mana individu, meskipun jika dana Ihsan Perdana itu akhirnya dipindahkan kepada akaun di bawah nama PM (yang dikawal oleh orang lain), adalah penting untuk mengetahui sama ada dana ini telah diberi atau dibelanjakan untuk aktiviti CSR sebenar.Petugas khas sedang meneliti dakwaan ini.

7) Dakwaan sumber US$700 juta (RM2.6 bilion) masih tidak diketahui dan tidak didedahkan oleh dokumen WSJ. Sarawak Report dan WSJ membayangkan dana ini diterima daripada bon US$3 bilion milik 1MDB-GIL yang diperolehi pada Mei 2013. Laporan Ketua Audit Negara, PAC dan Petugas khas akan memperinci dakwaan ini pada laporan masing-masing.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2801