Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-15: KALAU BOLEH JANGAN ADA PERTEMBUNGAN ANTARA GRS DAN BN: HAJIJI

$
0
0
JIKA semua pemimpin GRS dan BN Sabah merasakan bahawa kekuatan dua parti itu yang diterjemahkan melalui jumlah kerusi ingin dijadikan asas kuasa berunding, maka, bukan sahaja mempertimbangkan kalau boleh jangan ada pertembungan antara GRS dan BN pada PRU-15, akan tetapi perlu dijadikan asas kerjasama untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

Samada kepemimpinan GRS ataupun BN Sabah, perlu menjadikan kedudukan tiga wilayah yang membentuk Persekutuan sebagai asas membuat keputusan berkaitan agihan kerusi.

Senario politik semasa tanah air, memerlukan masing-masing wilayah ada kekuatan masing-masing, sebagai asas perundingan, untuk mencapai titik temu yang berorentasi menang-menang.

Kita tidak mahu mendengar, adanya ugutan, daripada masing-masing pihak, jika ada hak masing-masing tidak ditunaikan, kerana ianya boleh mengundang kecurigaan antara satu sama lain.

Isu antara tiga wilayah, berkisar pada agihan peruntukan, yang sengaja ditangguhkan berdekad lamanya, kerana isu tersebut semacam dilarang dibincang sebelum ini. Mana-mana pemimpin daripada Sabah atau Sarawak membangkitkan isu ini, khususnya semasa era Perdana Menteri ke-4, dianggap sebagai anti kerajaan.

Rakyat Sabah dan Sarawak maklum, pada era lalu, khususnya sebelum PRU-13 dan 14, penguasaan parti-parti daripada Semenanjung, semacam menjadikan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak seperti melukut ditepi gantang, kerana tidak menampakkan “bargaining power”, sehinggakan terpaksa angguk dan akur.

Pendekatan berubah 360 darjah, impak PRU-14, dan kini, para pemimpin Semenanjung mula membuka ruang pada kepemimpinan daripada dua wilayah di Kepulauan Boreno tersebut. Momentum seperti ini, tidak harus dilepaskan oleh mana-mana pemimpin daripada dua wilayah ini, malah perlu diperkemas dan diperkasakan.

Tindakan menyatukan semua parti yang sehaluan di dua wilayah tersebut, adalah tindakan yang perlu disokong semua pihak, supaya perpecahan tidak menjadi asas kelemahan mengwujudkan kuasa rundingan.

Semua pihak perlu mengambil rasmi lidi, jika sebatang mudah patah, jika seberkas, bukan sahaja liat akan tetapi tidak mudah untuk patah.

Bermula daripada sekarang, semua pemimpin Sabah perlu bersatu, bekerja bersama-sama untuk mencapai misi rakyat dan negeri, iaitu misi SABAH MAJU JAYA yang berterusan. Misi ini, akan tercapai, jika adanya kesepakatan menang-menang, termasuk lah berganding bahu dan tenaga mencapai kemenangan bukan sahaja pada PRU-15, akan tetapi pada PRU-PRU di masa depan.

Bagi penulis, pendekatan TIADA pertembungan antara GRS dan BN, adalah pendekatan jitu bagi politik Sabah, untuk menghimpun kekuatan sebenar. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808