TIADA jaminan, apabila kumpulan parti-parti seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima kemasukan parti baharu sebagai komponen, memperkuat gabungan tersebut. Kebarangkalian timbulnya konflik antara para parti bakal terwujud, sehingga mengwujudkan keretakkan seterusnya perpecahan.
Desas desus, bahawa Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) yang diasaskan oleh mantan Naib Presiden Parti Warisan Malaysia- Datuk Peter Anthony yang juga ADUN Melalap akan memohon menyertai gabungan tersebut.
Semasa keluar daripada Warisan, Peter yang disertai Adun Limbahau, telah menyatakan sokongan pada Kerajaan GRS.
Isu yang bakal wujud apabila semakin banyaknya parti dalam satu gabungan atau pakatan, adalah pengagihan kerusi.
Dalam GRS pun, semasa PRN-16 Sabah, telah berlaku pertembungan antara parti-parti di beberapa kawasan, dan sehingga kini, belum ada kesepakatan secara rasmi, apa kah tidak akan berulang? Keadaan akan diperburuk lagi, jika KDM menyertai, kerana melihat pada senerai pemimpin parti baru itu, kawasan-kawasan pilihan raya yang diminati, adalah kawasan-kawasan yang diminati parti-parti dalam GRS.
Memang di atas kertas, kelihatan cantik, apabila semakin banyak parti-parti bergabung sebagai satu pasukan, tetapi secara praktikal amat sukar dilaksanakan.
Pandangan penulis, ada lah molek GRS diperkukuhkan, diperkasa, termasuk lah merealisasikan gabungan tersebut sebagai sebuah parti.
Ada lah dialu-alukan, jika ada parti yang menyokong gabungan tersebut pada masa ini, dan pada masa yang sama, parti itu perlu terlebih dahulu memberi komitmen, termasuk sokongan tidak berbelah bahagi, sebelum dipertimbangkan sebagai parti komponen. Jangan kerana pertimbangan GRS adalah kerajaan, maka mengambil peluang keadaan tersebut.
Memang tersirat, parti baharu yang diwujudkan itu, bermatlamat mendapat mandat daripada rakyat, atas sebab, pelawaan salah sebuah parti komponen gabungan tersebut ditolak, sebaliknya menubuhkan parti.
Melihat kombinasi parti-parti dalam GRS, sesuai dengan mandat yang diberikan rakyat pada PRN-16 Sabah, ada lah memadai, dan tidak perlu lagi menambah komponen baharu. Fikir-Fikirkan.