Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRU-14 JOHOR: SOKONGAN TERBURUKPUN- UMNO MASIH MENANG 17 KERUSI DUN

$
0
0
TIADA yang dapat menafikan, bahawa PRU-14, adalah masa terburuk bagi Umno, dalam tempoh 60 tahun sebagai tunjang kerjaan negeri, pun demikian masih menang 17 kerusi DUN, atau BN menang 19 kerusi daripada 56 kerusi.

Banyak kerusi tradisi parti itu dirampas oleh Bersatu, Amanah dan PKR. Manakala kawasan parti komponen, untuk kawasan majoriti cina, ditawan DAP.

Pada PRN kali ini, yang bakal membuka tirai pada 26 Februari (penamaan calon) dan 12 Mac, hari mengundi, seramai 2.57juta pengundi berdaftar akan menentukan, komposisi parti-parti yang bakal menang daripada jumlah DUN yang sama.

Mana-mana parti atau gabungan parti-parti yang mendapat 29 kerusi, akan membentuk kerajaan negeri untuk sepenggal lagi.

Senario penyertaan parti-parti dalam PRN kali berbeza dengan PRU-14, atas sebab itu, keputusan juga akan turut dipengaruhi.

Faktor-faktor yang bakal mempengaruhi keputusan PRN kali ini antara lain, peratusan pengundi yang keluar mengundi, pengelibatan pertama kali undi 18, selain penyertaan 600 ribu pengundi yang pertama kali mengundi.

Di atas kertas, dalam suasana pilihan raya yang penuh kekangan ini, parti yang mempunyai penyokong tegar dan ahli yang ramai mempunyai kelebihan. Kelebihan kerana faktor komitmen untuk memenangkan parti yang disokong atau yang dianggotai, berbanding parti yang mengharapkan sokongan pengundi pasif atau atas pagar, yang tidak dapat diramal, apa kah golongan ini akan keluar mengundi seperti mana trend pada PRU-14.

Ada yang beranggapan, apabila diratib, isu pemimpin Umno yang terkait dengan isu moral termasuk didapati bersalah oleh mahkamah, maka boleh berimpak negatif pada calon-calon parti itu. Impak negatif hanya mempunyai korelasi positif pada pengundi pasif atau atas pagar, tidak pada penyokong tegar dan ahli parti, seperti mana dibuktikan pada PRN Melaka.

Adalah diramalkan, walaupun, ada kemungkinan, peratusan pengundi keluar mengundi tinggi, parti-parti yang melawan Umno-BN, tidak akan dapat mengulangi keputusan PRU-14, atas sebab, pengundi yang menyokong Umno-BN kekal padu,manakala pengundi yang menolak, akan teragih-agih pada berbagai parti. Mungkin kerana nisbah pengundian sedemikian, walaupun calon-calon Umno-BN tidak mendapat merai undi popular, akan tetapi berdasarkan First Past The Post System, calon-calon Umno-BN akan menang, seperti mana berlaku pada PRN Melaka, meskipun mendapat 38 peratus undi popular, akan tetapi menang 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingkan.

Berasaskan senario politik semasa, apapun strategi atau kaedah parti-parti seteru Umno-BN, sukar untuk melawan, kendatipun memberi impak yang signifikan.

Adalah suratan bagi Umno-BN untuk kembali, kerana memang tersurat dan mungkin tersirat, berlakunya kecelaruan pada parti-parti yang melawan. Selain itu juga, perlu diterima hakikat, dalam Umno-BN itu, hanya segelintir pemimpin yang menjadi liabiliti, dan bukanlah menjadi penyebab pada penyokong dan ahli, kerana seekor nyamuk, lalu kelabu dibakar.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808