Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GERAN UNTUK SABAH MENINGKAT 5 KALI GANDA-IMPAK KEPUTUSAN PRU-14

$
0
0
JIKA tidak berlaku berubahan kerajaan persekutuan, maka geran kewangan untuk Sabah tidak akan meningkat?

Geran tahunan untuk Sabah bertahun-tahun berjumlah RM26.7juta, selepas perubahan kerajaan Persekutuan pada PRU-14, diduakali gandakan menjadi RM53.4 juta. Akibat perubahan kerajaan lagi, kini jumlah itu meningkat 5 kali ganda kepada RM133.5 juta.

Walaupun amaun RM133.5 juta tidak lah besar sangat, jika dibandingkan dengan keperluan Sabah untuk meningkatkan pembinaan kemudahan-kemudahan asas, akan tetapi amaun sedemikian memberi impak lebih baik berbanding jumlah yang diberikan Persekutuan berdekad lamanya.

Kadangkala rakyat diperlukan mengubah kerajaan yang tersangat selesa, kerana keseronokkan itu adalah faktor menjadikan kerajaan leka, dan seterusnya terlepas pandang atau lupa, keperluan sebenar rakyat pada sesebuah negeri, yang sepatutnya menerima sejumlah peruntukan sebagai timbal balas daripada khazanah negeri yang dikaut, akan tetapi tidak dipulangkan sebagai mana semestinya.

Negeri Sabah, walaupun kaya dengan sumber alam semulajadi, termasuk minyak dan gas, adalah negeri yang terbelakang daripada semua bidang, terutama daripada segi kemudahan asas.

Ada lah pengalaman biasa bagi rakyat Sabah, berhadapan dengan jalan-jalan raya yang tidak standard, kerapnya gangguan bekalan air bersih, kerapnya gangguan bekalan elektrik, bukan sahaja di kawasan pedalaman, juga di kawasan-kawasan bandar dan pekan.

Ketersediaan kemudahan asas, ada lah pendorong utama aktiviti ekonomi. Kerana kemudahan asas tidak seperti mana negeri yang telah merdeka lebih setengah abad, maka sudah tentunya aktivti ekonomi juga lembab. Apabila aktiviti lembab, maka sudah tentu lapangan pekerjaan juga kurang, dan impaknya, pendapatan rakyat juga kurang.

Jika lah perubahan kerajaan Persekutuan berlaku lebih awal, sudah tentu geran untuk Sabah telah lama meningkat. Keputusan rakyat pada PRU-14 sangat membantu rakyat Sabah secara umumnya untuk mendapatkan hak yang sekian lama dinafikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808