Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ANTARA KUASA DAN ANCAMAN COVID-19

$
0
0
BAGI mereka yang mahu mendapatkan kuasa, ancaman covid-19 bukan lah halangan.

Golongan ini sedar dan tahu, selain rakyat, mereka juga boleh dijangkiti. Akan tetapi, kerana keutamaan adalah kuasa, maka tindakan perlu diteruskan.

Nasib baik, program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) telah berjaya, dan menghalang gejala teruk atau kemasukan ke hospital atau kematian.

Walaupun lonjakkan jangkitan berlaku, ianya dianggap sebagai fenomena biasa.

Gambaran berfungsinya vaksin mencegah jangkitan teruk, diharapkan, mereka yang terlibat pada sebarang pilihan raya, terutama pengundi tidak segan silu untuk keluar mengundi.

Pada sesebuah pilihan raya, semakin tinggi peratusan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing, ada lah gambaran umum mandat rakyat secara menyeluruh. Manakala sebaliknya, keputusan hanya mewakili sebahagian daripada pengundi.

Bagi parti yang mempunyai penyokong tegar dan ramai ahli, semakin tingginya peratusan pengundi keluar mengundi, akan menjadi penghalang untuk menang, seperti mana berlaku pada PRU-14, apabila ramainya pengundi pasif atau atas pagar turun mengundi, adalah faktor penyebab, Umno dan BN tumbang.

Umno dan BN telah membuktikan pada PRN Melaka, dan juga pada PRN Sarawak, apabila peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah telah memberi kelebihan pada parti-parti yang mempunyai penyokong tegar dan ramai ahli.

Kerana senario demikian lah, Umno dan BN, melaksanakan PRN Johor, kerana mengambil peluang, ancaman Covid-19.

Akan berlaku juga peratusan pengundi rendah pada PRN Johor yang diadakan pada 12 Mac depan?  untuk menidakkan korelasi antara KUASA DAN ANCAMAN COVID-19. Sama-sama kita nantikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808