Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

GRS SEBAGAI PARTI BAKAL MENJADI REALITI

$
0
0
APABILA semua pendokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencapai kesepakatan, dan melihat banyak kebaikan jika gabungan tersebut didaftarkan sebagai sebuah parti, maka menjadikannya sebagai sebuah parti bakal menjadi realiti.

Pada masa ini, jika meneliti pandangan, ulasan dan sambutan berbagai pihak berkaitan pendaftaran gabungan tersebut sebagai sebuah parti, pada asasnya menjurus kepada persetujuan.

Hanya mungkin, pihak-pihak yang terlibat, sedang meneliti struktur atau hierarki dalam gabungan tersebut apabila ianya didaftarkan sebagai sebuah parti.

Mendaftarkan GRS sebagai wadah parti-parti politik, pada hakikatnya, mengurangkan karenah birokrasi antara parti, selain memudahkan mencapai sebarang keputusan yang melibatkan rakyat, khususnya yang melibatkan pengagihan kerusi antara parti-parti dalam pilihanraya.

Bergerak dalam sebuah parti, selain mengurangkan pergeseran, akan tetapi juga menjadi pendorong pada semua peringkat bergerak sebagai satu pasukan yang kuat dan kukuh.

Penulis yakin, para pemimpin parti yang bergabung dalam GRS, benar-benar mengerti aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah September, 2020.

Keputusan rakyat Sabah memberi kemenangan berasaskan nisbah kerusi pada masing-masing parti, yang menunjukkan bahawa tiada satupun dapat membentuk kerajaan secara bersendirian, membuktikan, bahawa rakyat mahukan GRS sebagai satu gabungan yang jelas atau direalisasikan sebagai sebuah parti yang berdaftar.

Menyesuaikan diri pada kemahuan rakyat, bukan sahaja memudahkan gabungan tersebut mendekati rakyat, akan tetapi sokongan berpanjangan dan menjurus pada sokongan kekal.

Para pemimpin Sabah, patut melupakan rekod-rekod lampau politik Sabah yang selalu berpecah yang telah berimpak, kerapnya kerajaan negeri bertukar.

Kita semua sudah maklum,kerapnya pertukaran kerajaan, telah menyebabkan kemajuan, pembangunan Sabah terbantut. Kerana terbantutnya kemajuan dan pembangunan, maka berimpak pada pengembangan ekonomi negeri, sehinggakan, terdapat jumlah rakyat yang tergolong miskin tegar cukup tinggi, kurangnya peluang-peluang pekerjaan, sehinggakan mempengaruhi pendapatan Ketua isi Rumah (KIR).

Misi Sabah menerusi Sabah Maju Jaya, adalah manifestasi pada gabungan berbagai parti dalam GRS, sesuai dengan aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808