Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MENGAPA KERUSI PARLIMEN TUARAN MENJADI BUALAN POLITIK?

$
0
0

PARLIMEN TUARAN di Sabah mempunyai 4 kawasan DUN, iaitu Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Pantai Dalit.

Pada PRU-14, kerusi parlimen tersebut dimenangi calon BN daripada UPKO. Manakala pada PRN-16 Sabah, ke empat-empat kawasan DUN dimenangi calon-calon daripada Gabungan rakyat Sabah (GRS), Kiulu dan Tamparuli dimenangi PBS, Sulaman- Bersatu dan Pantai Dalit- Umno.

Apabila bercakap, parti mana mempunyai peluang menang pada PRU-15, sudah tentunya daripada GRS, samada daripada PBS, Bersatu atau Umno.

Untuk sementara, hanya PBS belum memberi ulasan berkaitan kerusi parlimen tersebut, manakala Umno dan Bersatu sudahpun memberi ulasan, masing-masing "eying" mengincar (bahasa indonesia) kawasan parlimen itu.

Baik Umno dan Bersatu mengaku mempunyai kekuatan di kawasan tersebut. Di pihak Umno mungkin berasaskan pada rekod lalu, semasa Datuk Hajiji masih Ketua Umno parlimen tersebut. Namun, pada masa sekarang, kawasan yang sama masih dikendali pemimpin yang sama, akan tetapi melalui parti Bersatu.

Jika berasaskan pada parti, sudah tentu, kawasan tersebut lebih berpihak pada PBS, kerana mewakili dua kawasan DUN, berbanding Bersatu dan Umno, masing-masing satu. Akan tetapi berasaskan rekod lalu dan semasa PRN-16 Sabah September tahun lalu, kemenangan semua calon, kerana pengaruh Hajiji di kawasan tersebut.

Dalam politik di negara ini, masing-masing pemimpin mempunyai wilayah tersendiri, dan telah dibuktikan menerusi pilihan raya. Kawasan Tuaran sudah sinonim dengan Datuk Seri Hajiji, yang kini Ketua Menteri Sabah. Ertinya, mana-mana parti atau calon tidak mendapat restu atau sokongan daripada Ketua Menteri tersebut, sukar untuk menang.

Tidak salah bagi Umno bercadang bertanding di kawasan tersebut pada PRU-15, asalkan mendapat kerjasama daripada Hajiji. Jika tiadanya kerjasama, apa tah lagi berlakunya pertembungan dengan parti yang diwakili Ketua Menteri tersebut, maka akan berlaku tindakan "kamikaze" bagi parti tersebut.

Kemungkinan besar, Umno kena bertembung dengan Bersatu pada kawasan tersebut, jika parti berlambangkan keris tersebut tidak menggunakan kuasa autonomi parti itu, melainkan akur dengan keputusan Umno Pusat. Apa tah lagi, keinginan tidak terbendung atau membuak-buak daripada Ketua Bahagian parti itu yang juga AMT parti- Datuk Rahman Dahalan. Tuaran adalah pilihan terakhir mantan MP Kota Belud tersebut, kerana percubaan di Parlimen Sepanggar pada PRU-14 menjadi mimpi buruk bagi beliau.

Apa kah Rahman bertindak kamikaze lagi? untuk menoktahkan kelibat politik beliau? Hanya pada PRU-15 peringkat Parlimen akan diketahui.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808