Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

IMPAK PRN MELAKA PADA GRS?


HAKIKAT perlu diakui, dalam politik itu penuh dengan kebarangkalian. Hari ini bermusuh, esok berkawan, begitu juga sebaliknya, keadaan ini lah yang berlaku dalam politik tanah air.

Kerana senario demikian, parti yang menang pilihan raya, boleh menjadi pembangkang, manakala yang kalah menjadi kerajaan.

Di Sabah, pada PRU-14, BN menang pilihan raya, telah menubuhkan kerajaan, Ketua Menteri telah dilantik, demikian juga kabinet, malah telah mengangkat sumpah termasuk telah mengadakan mesyuarat kabinet. Namun kurang 48 jam, tumbang, kerana ada wakil rakyat kerajaan berpaling tadah, menyokong pihak lawan, untuk membentuk kerajaan pula.

Demikian juga berlaku pada Februari, 2020 di Peringkat Persekutuan, parti yang diberi mandat memerintah tumbang, kerana sebahagian parti yang membentuk kerajaan, keluar dan membentuk penjajaran politik baharu dengan parti-parti yang kalah.

Pada PRN Melaka, berlaku, parti-parti yang sepasukan dengan kerajaan di Peringkat Persekutuan, Johor, Perak dan Kedah serta Sabah saling bertembung.

Malah di Johor, pemimpin Umno bukan wakil rakyat, sibuk mencabar parti Bersatu, untuk menarik sokongan, supaya kerajaan negeri tumbang, dan diadakan pilihan raya negeri, seperti mana berlaku di Melaka.

Di pihak Umno, khususnya pemimpin yang ditolak rakyat pada PRU-14, tersangat ghairah, jika pilihan raya diadakan, maka Umno akan kembali berkuasa, supaya mereka itu akan mendapat kedudukan masing-masing.

Akan terlihat pada PRN Melaka, jika Umno kembali, maka keghairahan itu akan memuncak, dan mungkin merebak di Sabah. Jika itu berlaku, maka keutuhan GRS, mungkin terkesan, khususnya semasa PRU-15 yang hanya melibatkan kawasan parlimen.

Di Sabah, jika wakil rakyat Umno keluar daripada GRS, maka tumbang lah gabungan tersebut. Jika itu berlaku, walaupun PRN hanya diadakan pada September, 2020, boleh sahaja berlaku pilihan raya sekali lagi, kerana keadaan demikian bukan pelik di Sabah. Pada tahun 1985, selepas pilihan raya negeri, yang dimenangi parti PBS, setahun kemudian sekali lagi diadakan pilihan raya.

Ada lah tidak mustahil akan berlaku pilihan raya negeri di Sabah, mungkin serentak dengan PRU-15, kerana tidak akan dapat dibendung keterujaan pemimpin Umno untuk menjadi penaruju kerajaan, seperti mana yang lalu-lalu.

Bibit-bibit perpecahan dalam GRS, bagaikan api dalam sekam, walaupun kelihatan tenang, akan tetapi, kasak kusuk sedang berlaku, di semua peringkat.

Hakikat perlu diterima, impak PRN-16 Sabah, menjadi pendorong, mengapa Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu. Dakwaan dan anggapan sesetengah pemimpin parti itu, Umno ditikam semasa PRN tersebut, malah Presiden dan Timbalan Presiden parti itu menganggap, kerjasama dengan Bersatu,lebih banyak merugikan parti itu.

Memang benar, antara Umno Sabah ada MOU antara parti-parti dalam GRS, tetapi itu sekadar MOU, ianya boleh berubah. Ambil pengajaran, semasa menjatuhkan Perdana Menteri ke-8, dua ahli parlimen Umno Sabah adalah sebahagian daripada kumpulan 15.

Apa kah GRS kekal “intake” sangat bergantung pada keputusan PRN Melaka. Jika Umno menang, maka, kebarangkalian apa yang penulis luahkan ini, kemungkinan besar akan menjadi kenyataan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824