Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824

NORMA BARU: PARTI PEMERINTAH TANDING SESAMA SENDIRI?

$
0
0

APA KAH akan menjadi ikutan sebagai tanda perubahan politik tanah air, parti pemerintah bertanding sesama sendiri ( pecah dulu gabung kemudian) pada arena politik negara?

Apa yang jelas sekarang, walaupun berlaku pertembungan antara parti pemerintah di PRN-15 Melaka, tetapi TIADA tanda-tanda adanya PERPECAHAN di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Jika senario ini yang akan berlaku dalam politik negara, mungkin baik mungkin juga tidak terutama untuk membela rakyat, membangun negara, kerana berhadapan dengan polisi dan style kepimpinan parti yang menjadi ketua.

Tidak mungkin, setiap pemimpin parti akan terlepas dengan visi parti masing-masing, akan melepaskan peluang menjadikan parti masing-masing lebih menyerlah berbanding parti-parti “kawan”.

Sekental mana pun, persefahaman, akan juga berlaku penonjolan, terutama daripada parti yang pemimpinnya menjadi peneraju.

Kalau berlaku persaingan sihat secara dalaman, memang baik, akan tetapi jika persaingan menular di luaran, maka boleh menjadi punca perpecahan.

Hakikatnya persaingan dalaman, sudah berlaku sejak sekian lama, dalam parti-parti yang berpakat menjadi kumpulan parti-parti seperti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Gabungan Parti-Parti Sarawak atau Gabungan Rakyat Sabah, tetapi semua itu untuk kebaikan masing-masing gabungan untuk dipasarkan pada rakyat jelata. Namun, kesepakatan antara gabungan berbagai parti seperti mana berlaku di peringkat Persekutuan, sejak Mac, 2020, bukan sahaja ditandai persaingan dalaman juga luaran, seperti mana berlaku pada PRN-15 Melaka.

Bibit-bibit persaingan tersebut sebenarnya bermula pada PRN-16 Sabah, namun kerana kewujudan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam masa singkat, maka persaingan dalaman dan luaran belum ketara lagi, sehingga membolehkan kerjasama tersebut membuahkan kemenangan, dan seterusnya dapat menubuhkan kerajaan negeri.

Selepas PRN-16 Sabah, berlaku lah siap rumah pahat berbunyi, terutama keluhan dan dakwaan pemimpin Umno, kononnya, Bersatu telah mensabotaj kemenangan calon-calon parti itu, termasuk menyaja calon-calon bebas, juga menyokong calon-calon parti dalam GRS yang bertembung dengan calon parti itu.

Menerusi dakwaan sedemikian, maka menjadi asas untuk tidak berkerjasama dengan Bersatu, dalam sebarang pilihan raya, bukan sahaja seperti mana berlaku di PRN Melaka, juga pada PRU-15 akan datang.

Pada PRN Melaka, Umno ingin membuktikan, bahawa parti itu lebih baik berbanding Bersatu, termasuk lebih baik berbanding gabungan antara Bersatu dan Pas. Bagi Umno, lebih memilih, apa saahaja keputusan pengundi terhadap parti itu, berbanding menang hasil pakatan antara Bersatu dan Pas.

Ada lah dimaklumi, mengapa Umno bertindak demikian, kerana sebagai parti yang teramai ahli, parti tertua, parti yang memerintah sejak merdeka, walaupun hilang kuasa di peringkat Persekutuan pada tahun 2018, hilang kuasa di Selangor sejak tahun 2008 dan Kelantan sejak tahun 1990, akan juga mencuba mengembalikan era kegemilangan, maka dengan itu, PRN Melaka, adalah arena yang tepat untuk kembali pada era lalu.

Umno bersandar pada sokongan akar umbi parti itu. Berbanding dengan parti-parti lain, hanya parti itu mempunyai akar umbi di Melaka, kerana negeri itu boleh dikatakan wilayah parti itu sejak merdeka.

Kehilangan kuasa pada PRU-14, hanya kerana kawasan-kawasan majoriti kaum cina, dan perpecahan undi di tujuh kawasan kawasan melayu yang ada sekurang-kurangnya 20 peratus bukan pengundi melayu.

Perpecahan undi di kawasan-kawasan demikian tidak dapat dielak pada PRN kali ini, kerana pertembungan tiga penjuru. Mungkin kerana keadaan demikian, maka penganalisis politik yang berpandukan pada pola pengundian PRU-14, maka meramalkan, PH mendapat kelebihan, sehinggakan mereka membuat kesimpulan, bahawa keputusan PRU-14 akan berulang.

Ramalan para penganalisis tersebut hanya pada luaran atau atas kertas, kerana berhadapan PRN kali ini, adalah pilihan raya di luar kebiasaan, sehinggakan sukar membuat ramalan sokongan pengundi sebenar.

Kekekangan pada semua parti, adalah pengundi khususnya pengundi berusia yang kurang menggunakan media sosial, tidak mengenal siapa-siapa calon yang bertanding. Jika demikian, maka semasa mengundi, mereka mungkin hanya melihat pada lambang. Jika demikian, maka naluri manusia, logo kebiasaan akan menjadi pilihan. Umpama, membeli ubat gigi, walaupun mahu membeli jenama lain, akan tetapi menyebut colgate, atau pun bagi yang terbiasa minum cola, walaupun ingin mencuba pepsi, akan tetapi menyebut cola pada pelayan.

Pengenalan SOP ketat yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang digunapakai SPR, mempunyai muslihat tersembunyi, walaupun SOP ketat tersebut, semata-mata mencegah berlakunya jangkitan meluas Covid-19.

Dalam keadaan SOP ketat, sehinggakan menghalang calon-calon baharu memperkenalkan diri secara bersemuka dengan pengundi, hakikatnya memberi kelebihan pada parti yang telah berakar umbi, seperti LOGO dacing. Perlu diingat, LOGO Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, julung kali digunakan pada pilihan raya di Melaka.

Melihat senario demikian, walaupun para penganalisis memberi kelebihan pada PH untuk menang, akan tetapi, berasaskan fakta sebenar, BN akan mendapat kelebihan, dan tidak mustahil, PRN Melaka, akan mengembalikan penguasaan parti itu,khususnya Umno di negeri tersebut. Pun demikian, sama-sama kita nantikan keputusan sebenar pengundi Melaka pada 20 November ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2824