Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Dilema Menyokong DS Najib Razak

$
0
0
1. DS Najib Razak seorang Perdana Menteri yang mendapat jawatan politik, tetapi cara beliau betindak bukan cara orang politik. 

2. Kemelut yang menyelubungi beliau pada masa kini, kerana sifat beliau yang lurus bendul, sehingga mengakibatkan seolah-olah semua masalah disebabkan oleh tindakan beliau seorang.

3. Kemelut yang berlaku dalam 1MDB, yang menyebabkan beliau dihentam kiri dan kanan, dan yang terkini, kenyataan majlis raja-raja melayu berkaitan syarikat gergasi milik kementerian kewangan tersebut.

4. Najib hanya sebagai penasihat kepada lembaga pengarah 1MDB, beliau tidak terlibat menjalankan operasi syarikat. 

5. Memang benar menurut peraturan syarikat itu, semua tindak tanduk syarikat perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri (keputusan bertulis). Dan setiap keputusan bertulis itu, perlu disertakan cadangan daripada pengurusan dan seterusnya diluluskan oleh lembaga pengarah. Apabila semua urusan muktamad, maka diserahkan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri sebagai penasihat untuk mendapatkan persetujuan bertulis.

6. Kemelut 1MDB diketahui umum pada akhir tahun 2014, apabila timbul masalah kecairan syarikat  untuk membayar hutang tertunggak. Akibat masalah kecairan itu, maka terpaksa meminta standby credit daripada kerajaan sebanyak RM970juta, selain itu telah mendapat pinjaman budiman daripada Ananda Krishnan sebanyak RM2bilion.

7. Ekoran masalah kecairan 1MDB, pihak pembangkang terutama Tony Pua daripada DAP mengangkat isu 1MDB sebagai menu harian mengecam Perdana Menteri.

8. Tun Dr Mahathir bermula menggunakan isu 1MDB apabila terbaca satu tulisan daripada Datuk Salleh Tun Said, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia berkaitan CSR syarikat tersebut. Dalam tindak balas Tun terhadap tulisan Datuk Salleh tersebut, maka timbullah berbagai bentuk pertanyaan daripada mantan Perdana Menteri itu.

9. Oleh kerana berbagai dakwaan terhadap 1MDB, maka pada Mac, DS Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Dalam masa yang hampir sama. PAC parlimen mengumumkan turut serta memeriksa syarikat tersebut. Rentetan daripada itu, ditubuhkan pasukan khas yang dianggotai Gabnor Bank Negara, Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis negara dan diketuai oleh Peguam negara.

10. Dalam perjalanan siasatan tersebut, maka muncullah laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai, kononnya memetik daripada temuan mereka yang menyiasat 1MDB, bahawa sebanyak USD681milion wang syarikat itu telah berakhir ke dalam akaun Perdana Menteri di Ambank Kuala Lumpur.

11. Pada 3 Ogos, menurut SPRM, wang USD681milion (atau RM2.6bilion, berasas pertukaran tahun 2013) bukan wang 1MDB, melainkan wang sumbangan daripada pihak tertentu daripada Timur Tengah.

12. Pihak pengeritik DS Najib Razak, terutama Tun Dr Mahatir, bertindak berkaitan penjelasan SPRM tersebut, dengan mengolah, mengadun berbagai pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, bahawa sesuatu yang ganjil, bagi penderma arab memberi sumbangan sebanyak itu, malah menurut Perdana Menteri terlama itu, selama 22 tahun, beliau belum pernah mendapat derma satu senpun daripada jutawan arab.

13. Ekoran kecaman dan keadaan yang berlaku terhadap siasatan terhadap syarikat tersebut, khususnya kebocoran kepada pihak media, maka berlaku rombakkan kabinet, serta pemecatan Peguan Negara, selain menangkap beberapa individu yang disyaki terlibat dalam pembocoran maklumat 1MDB.

14. Pihak pengeritik Najib menambah frekunesi serangan mereka, ekoran rombakan kabinet termasuk pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan seorang menteri kanan, malah media asing seperti The New York Times dan lain-lain terus menerus menulis berkaitan 1MDB, malah The WSJ meneruskan tulisan dengan berbagai maklumat spekulasi, mengadun, mengolah maklumat itu sebagai fakta yang benar.

15. Akibat daripada laporan-laporan media antarabangsa tersebut, maka berlaku persepsi negatif terhadap ekonomi negara, apabila berlaku demikian, maka berimpak segera kepada mata wang negara dan pasaran saham Kuala Lumpur.

16. Memang, kalau dilihat daripada segi ekonomi nyata, penurunan nilai ringgit, bukanlah disebabkan hanya oleh kemelut 1MDB, akan tetapi persekitan ekonomi dunia yang tidak menentu, khususnya menjunamnya harga minyak, cadangan Amerika menaikkan kadar bunga bank, serta devaluasi mata wang Yuan, China. Penurunan mata wang ringgit, terhadap dollar amerika, bukanlah seteruk mana, dibanding mata wang negara-negara lain, termasuklah dollar Australia.

17. Oleh kerana, berbagai cerita yang diolah dan diadun setiap hari, khususnya oleh mantan Perdana Menteri, sehingga menuduh DS Najib mencuri wang, ertinya dakwaan itu, merupakan dakwaan peringkat tinggi bagi seseorang yang menunjukkan tidak amanah, tidak bermoral,kurang fahaman agama, kerana meraka yang mempunyai kelakuan demikian sahaja, boleh bertindak mencuri.

18. Dengan menumpuknya berbagai dakwaan terhadap 1MDB dan DS Najib, maka bukan sahaja berakibat memburukkan imej beliau, malah kini, Majlis Raja-rajapun telah turut sama, percaya, bahawa kemelut 1MDB boleh memudaratkan ekonomi negara sehingga berimpak negatif kepada rakyat.

19. Walaupun Majlis Raja-Raja tidak menyebut secara langsung nama DS Najib, namun memberi reaksi negatif terhadap 1MDB, merupakan tindakan pukul anak sindir menantu. Bidalan melayu itu, sungguh berat ertinya dalam situasi ini, seolah-olah majlis Raja-Raja, sudah memberi isyarat kepada DS Najib Razak, jika persepsi terhadap 1MDB tidak boleh dibendung, maka beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

20. Tindakan menyelesaikan kemelut 1MDB, tidak sama dengan membendung persepsi. Bagi AYT, majlis raja-raja sudah membuat ketetapan, bahawa, persepsi terhadap 1MDB tidak akan berjaya dihilangkan untuk waktu yang singkat, malah perlu waktu yang panjang. Lagipun, apapun bentuk penyelesaian terhadap 1MDB, persepsi negatif terhadap DS Najib akan terus bertapak.

21. Sebenarnya, tindakan majlis raja-raja pada selesa, merupakan dilema kepada para penyokong DS Najib Razak, kerana biasanya Majlis Raja-Raja hanya membuat kenyataan bagi isu-isu besar yang boleh menggugat negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808