1. Belum pernah berlaku, satu keterbukaan pernah berlaku di dalam negara ini. Sejak timbulnya kemelut 1MDB, rakyat terbuka memberi sebarang komen, termasuk menuduh.
2. Berbagai ulasan dan dakwaan, kononnya, telah berlaku salah urus dalam 1MDB, sehingga dikatakan sebahagian wang pinjaman kononnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
3. Oleh kerana berbagai dakwaan, apakah dakwaan tersebut daripada pemimpin dalam negara mahupun surat khabar asing, maka Perdana Menteri bersikap terbuka, malah telah mengarahkan Ketua Audit negara, untuk menyiasat 1MDB. Selain itu, PAC Parlimen serta ditubuhkannya Petugas Khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga menyiasat 1MDB berasaskan kepada skop masing-masing.
4. Melihat kepada gabungan berbagai pihak tersebut, nampaknya, jika berlaku salah urus atau salah guna kuasa, tidak akan terlepas langsung, kerana pihak-pihak yang terlibat tersebut adalah mereka yang mempunyai integriti dan kredibiliti tertinggi dalam negara ini.
5. Keberanian DS Najib untuk bersetuju dan menggalakkan pihak-pihak terbabit menyiasat 1MDB mencerminkan, bahawa sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, bahawa semua polisi atau tindakan yang di bawa kepada beliau semuanya teratur, dan jika terdapat salah urus atau salah guna kuasa, ianya diluar pengetahuan beliau.
6. Perdana Menteri daripada awal-awal lagi menyatakan, sesiapa sahaja yang terlibat menyalahgunakan kuasa, tanpa melihat latar belakangnya akan dihadapkan ke muka pengadilan.
7. Bagi pengeritik Najib, mereka tidak sabar-sabar, malah melakukan berbagai dakwaan baru, sebelum pihak-pihak yang bertugas menyiasat 1MDB selesai menjalankan tugas, tujuannya untuk membuat tekanan kepada Perdana Menteri dan mendorong beliau meletakkan jawatan.
8.Dakwaan hanya tinggal dakwaan. Namun kebenaran juga perlu didedahkan, kerana jika tidak, tindakan tersebut akan menjadi contoh untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri di masa akan datang.
9. DS Najib mahu membuktikan, bahawa dakwaan negatif tidak akan boleh menjatuhkan seorang Perdana Menteri, walaupun pengeritiknya diketuai oleh Mantan Perdana Menteri.