1. Konspirasi hanya berlaku, jika dilakukan secara tersembunyi. Biasanya dilakukan oleh mereka yang berpura-pura menyokong atau berpura-pura satu pasukan dengan seseorang.
2. Perbuatan konspirasi biasanya pelakunya tidak diketahui, kerana bertindak seperti gunting dalam lipatan.
3. Jika benarlah ada konspirasi menjatuhkan Najib, maka ianya dilakukan oleh mereka yang mengelilingi beliau, yang berpura-pura menyokong, namun pada masa yang sama menyalurkan semua maklumat yang boleh membangkitkan imej negatif, malah boleh dijadikan sebagai faktor mendesak beliau meletakkan jawatan.
4. Sejak suku akhir tahun 2014, isu 1MDB kerap diperkatakan pembangkang, namun belum ada sesiapa secara terang-terangan menuding jari kepada Perdana Menteri, hanya apabila mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir ikut sama mempergunakan isu 1MDB, maka mantan Perdana Menteri itulah yang mendesak DS Najib meletakkan jawatan.
5. Pembangkang ikut sama mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, apabila semakin banyak maklumat 1MDB terdedah kepada media massa, termasuk kegagalan membayar hutang, malah terpaksa meminta bantuan kewangan daripada kerajaan sejumlah RM970juta, kemudian RM2bilion daripada Ananda Khrishnan, kemudian terpaksa memberi aset kepada IPIC (Aabar) bagi mendapatkan USD1bilion bagi membayar hutang kepada bank German.
6. Pendedahan skandal USD1.83bilion wang 1MDB yang diberikan kepada PetroSaudi International (PSI) di mana kemudiannya wang tersebut tidak dapat dikembalikan, selepas urusniaga dibatal, akan tetapi wang tunai tersebut diubah dalam bentuk kertas berharga, dan dikatakan di atas kertas 1MDB mendapat keuntungan hampir USD500juta.
7. Wang yang diberikan kepada PSI tersebut, sebenarnya telah menjadi sejarah, kerana keseluruhannya sudahpun digunakan untuk membayar hutang, itulah kenyataan daripada syarikat tersebut. Apa kah kenyataan itu dapat dibuktikan melalui siasatan Ketua Audit Negara, PAC Dewan Rakyat dan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB?
8. Berasaskan senario di atas, sebenarnya tiada tindakan konspirasi menjatuhkan Najib, kerana semua yang terlibat dalam tuduhan atau pendedahan, tiadapun yang melibatkan orang-orang yang mengelilingi Perdana Menteri (setakat ini), kecualilah, mereka-mereka ini masih belum didedahkan ataupun belum dapat dikesan.
9. Xavier Andre Justo atau Sarawak reports atau portal-portal pembangkang dalam negara, tidak boleh dikatakan berkonspirasi, kerana pihak-pihak tersebut bukan mereka yang terdiri daripada mereka yang mengelilingi DS Najib.
10. Jika benar dakwaan bekas wartawan Sarawak Tribune- Lester Melanyi, bahawa Sarawak Reports memalsukan dokumen-dokumen 1MDB untuk mengaitkan Perdana Menteri, tindakan itu bukan perbuatan konspirasi, akan tetapi satu tindakan jenayah yang mahu menjatuhkan seseorang ketua kerajaan sesebuah negara yang dipilih secara demokrasi.
11. Dan seterusnya, jika ada rakyat Malaysia, apa kah pembangkang atau bukan terlibat memalsukan dokumen-dokumen yang berimpak kepada perekonomian negara, kerana pihak-pihak tertentu khususnya syarikat-syarikat kewangan atau multi-nasional atau pelabur asing hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara, tindakan tersebut bukan perbuatan konspirasi, akan tetapi satu tindakan merampas kuasa dan malah boleh dikategorikan sebagai pengkhianatan kepada negara.
12. Melihat kepada semua senario di atas hanya satu isu yang boleh dikategorikan sebagai konspirasi adalah pendedahan RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank. Hanya mereka yang mengetahui akaun tersebut yang boleh mendedahkannya. Maka mereka yang mendedahkan akaun tersebut merupakan konspirator kepada kejatuhan Perdana Menteri.