Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

Persepsi: Antara DS Najib Razak dan Proton

$
0
0
1. Menurut Tun Dr Mahathir, proton sebenarnya kereta yang baik, kereta yang memenuhi piawaian antarabangsa, malah mempunyai tekonologi yang sebanding dengan keluaran kereta lain di dunia. Oleh kerana persepsi, maka proton kehilangan 'market share" dalam negara. Bagi memulihkan proton, maka persepsi terhadap kereta tersebut perlu diperbaiki. Tun M yakin, melalui R&D dan pelaburan yang besar untuk memperbaiki kualti proton, maka persepsi negtaif terhadap jenama proton dapat diatasi.

2. Namun sebaliknya, persepsi terhadap DS Najib Razak, tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan, melainkan beliau perlu meletakkan jawatan. Tiada cara lain memperbaiki atau memulihkan persepsi terhadap DS Najib, demikian menurut Tun Mahatahir.

3. Sebagaimana kita tahu, bahawa persepsi negatif terhadap DS Najib Razak, hanya berpunca daripada 1MDB dan wang sumbangan berjumlah RM2.6bilion. Untuk 1MDB, semua dakwaan dan tuduhan, sehingga kini, tiada satupun yang betul, melainkan semuanya hanya dakwaan. Fakta yang diberikan berkaitan 1MDB semuanya menyanggah dakwaan, selain menjawab semua kemuskilan berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

4. Berkenaan wang sumbangan RM2.6bilion, SPRM sudah mengesahkan bahawa wang tersebut merupakan daripada pihak tertentu daripada Timur Tengah, dan tiada hubungkait dengan 1MDB sepertimana berbagai dakwaan dan tuduhan.

5. Sesuatu yang belum terbukti, yang membawa kepada persepsi negatif, sudah disimpulkan tidak boleh dipulihkan, akan tetapi, proton yang dialami oleh berjuta pengguna, sehingga membawa kepada persepsi negatif kononnya boleh dipulihkan hanya kerana adanya R&D dan perbelanjaan berbilion ringgit untuk memperbaiki kualiti.

6. DS Najib sudah mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa atau menyiasat 1MDB, demikian juga Bank Negara sudah selesai menyiasat syarikat tersebut. Hanya PAC sahaja yang belum menyiapkan siasatan kerana masalah teknikal, manakala pihak-pihak yang ada tugas menyiasat seperti SPRM, Polis dan Jabatan Peguam negara diberikan kebebasan menyiasat 1MDB sesuai dengan kuasa yang pada badan-badan tersebut.

7. DS Najib sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB, telah meminta tempoh 6 bulan bagi menyelasaikan kemelut 1MDB yang diwar-warkan, khususnya pengurangan jumlah pinjaman.

8. Para pengeritik Najib tidak sanggup menunggu, temuan para penyiasat, sebaliknya bertali arus menyerang, malah kini telah membabitkan media antarabangsa. Laporan media itu, semuanya berasaskan andaian atau anggapan, malah sudah berapa kali di jawab oleh pengurusan 1MDB, bahawa andaian laporan-laporan tersebut tidak tepat.

9. Memang pihak pengeritik 1MDB mempunyai maklumat, namun maklumat tersebut tidak sepenuhnya, malah sebahagian-sebahagian. Maklumat daripada laporan kewangan yang telah diaudit ditokok tambah, malah diubah pengeritannya, dengan melakukan pertanyaan yang bercorak berlakunya salah laku. Semua putar belit itu, hanya bertujuan konsumi surat khabar bagi mengumpul persepsi negatif.

10. Tony Pua dan Tun Dr Mahathir, saban hari memutar belit berbagai maklmuat berakitan 1MDB, semata-mata untuk memburukkan imej Perdana Menteri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808