Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

ANDA AKAN JELAS APABILA MEMBANDINGKAN PROKLAMSI DARURAT KESIHATAN 2021 DENGAN 8 PROKLAMASI DARURAT YANG LAIN

$
0
0
SATU point yang jelas, PROKLAMASI DARURAT KESIHATAN 2021 dinyatakan TARIKH tamat, iaitu 1 Ogos, 2021 atau lebih awal. Manakala 8 proklamasi darurat yang lain tidak dinyatakan tarikh tamat.

Penulis, hanya melihat kepada perilaku Kerajaan, yang hanya akan menjawab berkaitan proklamasi tersebut pada Isnin, walaupun semalam, Menteri Undang-Undang telah menyebut bahawa Kerajaan telah mengambil keputusan pada 21 Julai, 2021, tidak akan memberi nasihat kepada SPBA untuk maksud perlanjutan, seterusnya beranggapan selepas 1 Ogos, semua ordinan darurat adalah terbatal. Menerusi penjelasan itu, maka tiada keperluan, proklamasi darurat tersebut dimasukkan sebagai agenda mesyuarat Parlimen.

Kerana kenyataan Menteri Undang-Undang tersebut, maka berbagai dakwaan timbul, dan seterusnya memaksa Menteri menjawab, akan tetapi, pendirian menteri bagaikan tugu di tengah laut, kekal dengan PETUA Speaker, jawapan akan diberikan pada Isnin, 2 Ogos, 2021.

Sebagai imbasan, SPBA juga selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja pada 16 Jun, telah mezahirkan, bahawa proklamasi Darurat hendaklah ditamatkan pada 1 Ogos, 2021, sesuai dengan maksud proklamasi pada 11 Januari, 2021.

Mungkin, telah menjadi kebiasaan sebelum ini, untuk menamatkan sesebuah Ordinan Darurat, perlu dibentangkan di Parlimen dan Dewan Negara, kerana ianya perlu, atas sebab TIDAK disebutkan tarikh tamat. Berlainan dengan Proklamasi Darurat kesihatan 2021 yang HANGAT diperkatakan, yang mempunyai jangka hayat sendiri.

Penulis yakin, Peguam Negara tidak akan memberi nasihat kepada Kerajaan, jika nasihat itu melanggar undang-undang atau Perlembagaan Negara.

Sehingga Isnin, 2 Ogos, sudah tentu BERTIMBUN-TIMBUN pakar undang-undang akan memberi ulasan, pandangan, dan tidak ketinggalan ada sesetengah ahli parlimen yang hanya membaca TAJUK pada sesuatu tulisan, atau hanya melihat kulit sesebuah buku, tetapi tidak membacanya, apa tah lagi menghayatinya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808