DALAM musim susah ini, JANGAN nilai bantuan apa kah besar, apa kah kecil, apa kah cukup atau kah berkhasiat/berkualiti- sebaliknya-asalkan sampai- apa tah lagi kalau ianya menyeluruh.
Para pembesar KITA telah memberi ISYARAT tersirat, dengan MENUNJUKKAN, mereka juga makan "MEE SEGERA".
Mungkin di antara kita tahu, mee segera itu adalah makanan yang diproses yang menggunakan pengawet untuk tahan lama, untuk dimakan pada masa lain, seperti PKP. Juga makanan proses tersebut membawa tag "cepat dimasak cepat dimakan".
Sebahagian rakyat di negara ini, masih bernasib baik, kerana kerajaan membantu apa kah bantuan tunai atau bakul makanan. Selain itu, berbagai keringanan juga dihulurkan termasuk penangguhan bayaran pinjaman, pengurangan bayaran sewa, diskaun bayaran bil elektrik & air, 1GB harian data internet, subsidi upah dan juga membenarkan mengeluarkan sebahagian daripada SIMPANAN hari tua-KWSP.
Bukan sedikit pakej kewangan yang terlibat melawan covid-19 seperti yang diumumkan kerajaan- lebih RM600 bilion. Kalau dipuratakan terhadap jumlah rakyat yang berjumlah 32juta, maka setiap seorang termasuk bayi yang baru lahir, mendapat imbuhan RM 18,750. Imbuhan ini tidak termasuk pengeluaran KWSP. Dan jika diambilkira, maka purata imbuhan setiap rakyat semasa pandemik covid-19 ini lebih besar.
Bukan itu sahaja, kalau mengambilkira pakej bantuan kerajaaan-kerajaan negeri, maka wang yang terlibat semasa pandemik covid-19 ini dianggap besar bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.
Oleh kerana pakej tersebut bukan masuk poket setiap rakyat, akan tetapi ianya pakej perbelanjaan kerajaan untuk menangani covid-19, termasuk pembelian vaksin, logistik, pengurusan, penambahan aset dan perkara-perkara yang mendokong pengurusan.
Kerana pakej kewangan yang cukup besar, maka ahli parlimen atau pemimpin yang tidak menyokong kerajaan lebih tertarik membahasnya. Mungkin mereka ini ingin tahu, secara terperinci ke mana wang sebesar itu disalurkan. Kalau melihat data atau fakta daripada pakej tersebut yang sampai secara langsung kepada rakyat, memang kecil, atas sebab itu, bukan sedikit rakyat mengeluh, bukan kerana PKP, akan tetapi, keluhan, mengharungi kehidupan harian yang serba kesempitan, termasuk makanan keperluan harian.
Memang bukan kehendak sesiapa pelaksanaan PKP yang menyebabkan “ramai” rakyat kehilangan pekerjaan dan masa sama putus pendapatan- akan tetapi, kewajiban menyelamat nyawa.
Kerana faktor menyelamat nyawa itu lah, semasa tempoh-tempoh genting ini, rakyat yang terkesan, jangan memikirkan sangat nilai atau kuantiti bantuan, sebaliknya perlu berfikir macam mana bertahan daripada “kematian” perlahan, dan masa sama mendaftar untuk mendapatkan vaksin, agar imuniti berkelompok tercapai.