Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HANYA RETORIK: KERAJAAN PN TIADA SOKONGAN

$
0
0
TIDAK pernah dibuktikan secara RASMI dakwaan bahawa kerajaan PN tiada sokongan. Pun demikian, pemimpin dan penyokong pembangkang saban hari mempersoalkan keabsahan kerajaan. Malangnya lagi, ada juga pemimpin dan penyokong Umno mengikuti rentak pembangkang.

Semalam apabila Peguam Negara memberi penjelasan kuasa SPBA berasaskan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara, berkaitan PEMBUKAAN PARLIMEN, ada pemimpin Umno, daripada Selangor ( Negeri di mana Umno kalah teruk pada PRU-14, malah penguasaan parti itu hilang sejak tahun 2008) mempersoalkan penjelasan Peguam Negara, dengan dakwaan, penjelasan tersebut tidak tergunapakai untuk Perdana Menteri yang tiada sokongan.

Pemimpin itu yang juga suatu ketika lalu PENYOKONG kuat Dato Seri Najib Razak, cuba mengelirukan rakyat berkaitan Perdana Menteri.

Untuk rekod, sejak 28 Febuari, 2020, sehingga kini, Perdana Menteri (Tan Sri Muhiyiddin Yassin) secara rasmi disokong 114 ahli parlimen daripada 222. Sokongan tersebut tidak pernah DINAFIKAN secara rasmi sehingga kini, termasuk semasa pembentangan Bajet Negara tahun 2021, kelulusan Bajet di Peringkat Jawatan Kuasa yang semuanya melalui UNDI BELAH BAHAGI.

Mereka yang suka sangat mempertikaikan KEABSAHAN kerajaan PN, bukan sekali mengatur gerakan cuba mengambil alih kerajaan, akan tetapi beberapa kali, termasuk TERPERANGKAPNYA Presiden Umno menulis SURAT kepada SPBA menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Semua gerakan menggulingkan Tan Sri Muhiyiddin gagal, kerana apa? Sebabnya tiada pihak yang mempunyai sokongan 111 daripada 220.

Apa kah mereka yang “cerdik pandai ini” mereka yang “so-called politicons” tidak pandai mengira, terlupa tentang fakta, sehinggakan, terus mengasyikkan diri dengan dakyah mengelirukan rakyat.

Terlihat dengan jelas, mereka ini sudah menutup hati, sehinggakan TIDAK mampu lagi menerima kebenaran. Sebab itu, penjelasan Peguam Negara pun berkaitan SIDANG PARLIMEN, dipertikai mentah-mentah.

Rakyat negara ini, perlu menilai, apa kah golongan pemimpin ini, patut menjadi sebahagian daripada pemerintahan di masa hadapan? TEPUK DADA TANYA SELERA!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808