KATA DUA Presiden Umno-Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap kerajaan PN untuk membuka parlimen dalam tempoh 14 hari, nampaknya, bukan sahaja tidak disambut baik oleh sebahagian besar ahli parlimen parti, malah secara terbuka mempertikai tindakan tersebut.
Lebih drastik lagi AP Pandang Rengas Dato Seri Nazri Aziz, meminta Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap Presiden kerana melanggar keketapan parti, bukan sekali akan tetapi 3 kali, sejak parti menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, bermula pada 1Mac, 2020.
Pada petang selesa (semalam) pula, AP Arau yang juga pengerusi BBCPN-Dato Seri Shahidan Kassim, dalam satu sidang media, menyokong kenyataan Nazri. Menurut beliau, Lembaga Disiplin parti perlu bertindak terhadap Zahid atas tindakan beliau, dan lembaga tersebut jangan pilih bulu.
Sebelum ini, Naib Presiden yang juga Menteri Kanan Pertahanan- Dato Seri Ismail Sabri Yakob, menyatakan kata dua Zahid tersebut hanya cadangan daripada Biro Politik Parti, bukan daripada MKT. Reaksi Ismail Sabri tersebut,menggambarkan bahawa tindakan Zahid, bukan keputusan parti.
Menurut Shahidan, pada hakikatnya AP Umno yang bersama kerajaan, mengalu-alukan pembukaan parlimen pada masa yang sesuai, dan pada yang sama menjunjung Titah SPBA, supaya parlimen bersidang secepat mungkin.
Membuka parlimen perlu mengikut peraturan. Sebagai contoh- notis hendak lah diberikan, 28 hari. Tujuan notis, supaya AP dapat mengemukakan soalan-soalan, dan pada masa yang sama para menteri dapat menyediakan jawapan. Kerana persidangan parlimen kali ini, akan membincangkan ordinan-ordinan darurat, menangani pandemik covid-19 dan pelan pemulihan ekonomi, sudah tentu banyaknya soalan-soalan daripada AP. Persidangan kali ini, bukan persidangan TERGEMPAR, seperti mana maksud, Dato Seri Najib Razak, yang memerlukan masa singkat, bagaikan “cepat dimasak cepat dimakan”.