Kita tahu, sebaik TITAH SPBA pada 16 Jun, 2021 setelah selesai mengadakan perbincangan dengan Raja-raja Melayu, kerajaan memberi respon, menjunjung tinggi titah tersebut, dan akan bertindak sesuai dengan Perlembagaan dan Undang-undang Negara.
Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Zahid tahu, sebelum sidang parlimen bersidang ada peraturan tertulis yang perlu dipatuhi. Bukannya seperti memasak MEE SEGERA, cepat dimasak cepat dimakan.
Kini, timbul pula isu, MP Padang Rengas- Dato Nazri Tan Sri Aziz, meminta Biro Disiplin dan MKT perlu mempertimbangkan menggantung jawatan Ahmad Zahid sebagai Presiden, susulan tindak tanduk beliau melanggar ketetapan parti.
Menurut Nazri yang juga Ketua bahagian Umno Padang Rengas, tiga (3) bukti jelas Ahamd Zahid melanggar ketetapan parti. Pelanggaran pertama- Mengutus surat menyatakan sokongan kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kepada SPBA tahun lalu, tanpa pengetahuan majoriti ahli parlimen berkenaan. Pelanggaran kedua- adalah kesahihan rakaman audio perbualan beliau dengan Anwar berkait Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), sedangkan keputusan PAU sudah menetapkan pendirian, “NO Bersatu”; “No Anwar” dan “No DAP”. Dan pelanggaran ketiga- adalah tindakan terkini beliau yang memberi kata dua kepada kerajaan PN bagi mendesak sidang Parlimen dibuka dalam tempoh 14 hari, tanpa merujuk kepada MKT dan ahli-ahli parlimen UMNO terlebih dahulu.
Umno telah membuat ketetapan, bahawa sokongan kepada kerajaan PN, berasaskan sokongan ahli-ahli parlimen, bukan parti; demikian juga ketetapan telah dibuat, sokongan ahli-ahli parlimen daripada parti sehingga PRU-15, atau sehingga parlimen dibubar. Namun Zahid bertindak sebaliknya, seperti mana tiga (3) perlanggaran yang disebutkan Nazri.
Nampaknya, Zahid cuba untuk menjadi populis, dengan memanfaatkan TITAH SPBA. Namun demikian, beliau lupa, tindakan beliau tersebut, sebenarnya MEMAKAN DIRI SENDIRI. Kalau berimpak pada diri beliau seorang, TIDAK MENGAPA, tetapi memalitkan imej tidak baik kepada 3.6juta ahli UMNO!!!.