KADAR tidak sampai 18% daripada jumlah rakyat, yang mendaftar bersedia menerima vaksin, mungkin sikap TUNGGU DAN LIHAT, kerana mereka yang telah mendaftar seawal Februari, 2020, belum menerima jadual untuk divaksin.
Salah satu faktor lambatnya pemberian vaksin, kerana menunggu bekalan.
Tidak semestinya, peratusan yang mendaftar rendah, maka rakyat enggan divaksin. Ambil contoh pendaftaran sukarela untuk vaksin AstraZeneca, terbukti menjadi rebutan, sehinggakan vaksin tersebut dimasukkan semula sebagai VAKSIN dalam program PICK.
Mungkin juga di Sabah, kerana faktor capaian internet dan telepon pintar, sebab itu, tidak dapat mendaftar di laman-laman yang disediakan.
Perlu diterima, walaupun penulis tidak mempunyai data yang boleh menyokong, bahawa jumlah rakyat Sabah yang tidak mempunyai telepon pintar dan kemudahan internet cukup tinggi, kerana boleh diperhatikan, pada rekod kedatangan di pasar raya seperti CKS-Bundusan, yang mana pengujung masih menggunakan buku catitan untuk merekod kedatangan dan suhu badan, sedangkan QR MySejahtera tersedia.
Memandangkan kelemahan yang ada, maka pendekatan beberapa wakil rakyat yang mengwujudkan pusat pendaftaran di kawasan masing-masing, merupakan salah satu cara penyelesaian pendaftaran rendah.
Kerajaan menerusi UPPM Jabatan Ketua Menteri boleh mengerakan PPM di setiap kawasan untuk mempergiat pendaftaran rakyat bersedia menerima vaksin.
Jangan beri peluang kepada pemimpin dan wakil rakyat pembangkang mempolitikkan rendahnya peratusan pendaftaran, untuk menunjukkan bahawa mereka relevan di mata rakyat.