TERLIHAT sangat, mantan-mantan pemimpin yang pernah diberi amanah dan tanggungjawab suatu masa lalu, kini selepas tiada jawatan, seolah-olah serba tahu, malah, tidak memberi sebarang ruang kepada mereka yang diberi tanggungjawab bernafas, tanpa kritikan.
Sebenarnya, mereka yang hanya tahu mengeritik ini, apabila diuji dengan tugas atau tanggungjawab, mereka akan menunjukkan ketidak mampuan, atas sebab, nawaitu mereka yang kotor, tidak membantu mereka melaksanakan tindakan yang tepat, sesuai dengan situasi, kondisi dan masa. Atas sebab nawaitu yang salah tersebut, mereka kehilangan deria penilaian, sehinggakan tidak mampu membezakan mana keadaan serius dan mana keadaan yang boleh disenda gurau.
Kejadian kemalangan dua LRT di Ibu Negara, yang menyebabkan ratusan penumpang cedera, malah ada yang parah, boleh dijadikan "senda gurau" oleh individu yang mempunyai tanggungjawab berkaitan kemudahan tersebut.
Memang, kemalangan tidak berbau, tetapi bukan lah lesen untuk tidak serius, atau bukan lesen untuk senda gurau atau berseloroh.
Tindakan Menteri Kewangan memecat, individu berkenaan, walaupun tepat, TETAPI tidak menghalang, kerajaan terpalit dengan ketidak pekaan terhadap musibah tersebut.
Golongan pengeritik ini, kini membentuk pasukan, dengan menyasarkan kerajaan sebagai KERAJAAN GAGAL, hanya kerana mencanaknya semula jangkitan covid-19, semasa dalam keadaan darurat.
Mereka mengeritik cara kerajaan, kerana mempergunakan pendekatan yang sama, tetapi mengharapkan hasil atau keputusan yang berbeza.
Memang, cara terbaik dan berkesan, memutuskan rantai jangkitan yang membabitkan VIRUS, adalah menerusi TOTAL LOCKDOWN, seperti PKP1.0, akan tetapi, jika Kerajaan mengambil pendekatan tersebut, EKONOMI negara bakal lumpuh, dan KERAJAAN perlu mengagihkan BANTUAN tunai atau bakul makanan, jika kerajaan TIDAK mahu rakyat putus makanan, atau kelaparan.
Kerajaan MUNGKIN berfikiran, menerusi pengalaman PKP1.0, rakyat sudah mahir dan faham berkaitan SOP dan mematahuinya, namun, ternyata, rakyat ambil mudah, khususnya di tempat-tempat kerja, kerana ternyata banyaknya kluster jangkitan pada sektor ini.
Atas pengalaman Sabah, menerusi PRN-16 Sabah yang menjadi punca jangkitan mencanak semula di negara kita, maka pemutusan rantai menerusi pendekatan, TIADA rentas daerah atau negeri, telah berjaya melandaikan jangkitan, namun, jangkitan naik semua ke tiga angka, selepas kebenaran rentas negeri.
Ada lah mudah, mengambil peluang pada suatu keadaan yang belum berjaya dibendung, seperti kata peribahasa, luka disapu dengan garam. Kumpulan ini, menggunakan Tag KERAJAAN GAGAL, sebenarnya, HANYA bermotif politik, ATAS sebab, JIKA mereka ini, pada KEDUDUKAN yang SAMA, keadaan juga akan serupa, KERANA, mereka yang TIDAK patuh, adalah orang-orang yang sama.