1. Tidak termasuk Sarawak Reports, media antarabangsa yang dimulai The Wall Street Journal pada 2 Julai, yang mana secara langsung mengaitkan Perdana Menteri DS Najib Razak terhadap skandal 1MDB. Sebelum itu pada Februari, The New York Times menulis berkaitan anak tiri Perdana Menteri Reza Aziz dan Jho Low yang membeli berbagai hartanah mewah di Amerika Syarikat, namun belum menulis secara langsung membabitkan Perdana Menteri.
2. Selepas WSJ menulis, empat media antarabangsa secara konsisten membuat laporan berkaitan DS Najib, yang memuatkan skandal 1MDB serta wang USD681milion yang dimasukkan ke akaun beliau menjelang PRU-13 lalu.
3.Kecuali Al Jazeera, WSJ, NYT, The Economist dan Channel News Asia (CNA) semuanya membuat laporan berkala berkaitan kemelut 1MDB. 1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia yang ditubuhkan pada Februari 2009 dengan modal permulaan RM1juta, namun selepas 6 tahun beroprasi mampu mengumpul hutang sebanyak RM42bilion, aiitu 42ribu kali ganda modal asal.
4. Tony Pua daripada DAP dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir merupakan individu yang sangat konsisten menyerang syarikat milik MOF tersebut yang mana penasihat lembaga pengarahnya ada Perdana Menteri sendiri.
5. Tony Pua dan Tun Dr Mahathir dibantu oleh media tempatan seperti The Age bersama media miliknya The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today serta beberapa yang lain.Semua media itu komplemen atau saling isi mengisi dengan 6 media yang diterbitkan di luar negara termasuk Sarawak reports.
6. Media antarabangsa mahupun tempatan, mendapat maklumat daripada pihak-pihak yang diberi amanah menyiasat 1MDB, selain para pegawai kerajaan yang tidak amanah yang terdorong oleh agenda pembangkang serta para individu yang mahu menjatuhkan DS Najib Razak.
7. Menjatuhkan DS Najib merupakan agenda politik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, kerana beberapa sebab tertentu, termasuk projek-projek mega yang beliau rancang semasa Perdana Menteri namun dimansuhkan oleh pengganti beliau.
8. Kini, mantan Perdana Menteri tanpa sedar, mengaku, kononnya, beliaulah yang berkerja keras melantik DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, beliau terlupa, mekanisma perlantikan Perdana Menteri bersandarkan kepada kedudukan DS Najib sebagai Presiden Umno.
9. Kalau melihat kepada sejarah perlantikan, pemimpin yang dilantik oleh mantan Perdana Menteri itu adalah Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) kerana Pak Lah yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kemudian menjadi Presiden Umno, untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.
10. Semasa Ds Najib Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kerana kedudukan terkanan dalam parti, Tun Dr Mahathir dalam Umno masa itu, tidak relevan lagi, kerana di Bahagian Kubang Pasupun yang beliau terajui lebih 20 tahun, wakil 7pun beliau tidak menang.
11. Dalam kedudukan demikian (kedudukan Tun Mahathir) beliau tidak boleh lagi mengaku sebagai individu yang mendorong DS Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, kerana melihat kepada kedudukan beliau dalam parti, apatah lagi, semasa DS Najib dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, Tun bukan merupakan ahli Umno. Bagaimana kah Tun mengaku, bahawa beliau berkerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri, sedangkan beliau bukan ahli parti?
12. Sudah menjadi kebiasaan dalam negara, sesiapa yang menjadi Presiden Umno, beliaulah yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri, kerana Umno merupakan tunjang kepada gabungan 13 parti dalam Barisan Nasional. Pada PRU-13 lalu, daripada 133 kerusi Dewan Rakyat, Umno menyumbang 88 kerusi.
13. Setiap Perdana Menteri mempunyai gayanya sendiri, mempunyai keutamaan untuk membangun negara. DS Najib Razak melihat, bahawa lebih 50 tahun, pembangunan tertumpu di Semenanjung, manakala untuk Sabah dan Sarawak diabaikan oleh 5 Perdana Menteri sebelum beliau. Keutamaan kepada dua negeri yang merupakan komponen pembentukan Persekutuan Malaysia, walaupun tidak dizahirkan oleh mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, namun pendekatan itu tidak disenangi beliau.
14. Selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tidak tergerakpun, untuk mengistiharkan 16 September sebagai cuti umum, sedangkan tarikh tersebut merupakan tarikh keramat bagi negara. Tindakan DS Najib Razak mengistiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia dan cuti umum, sebenarnya mencabar kewibawaan Tun Dr Mahathir, sebagai "negarawan'.
15. Oleh kerana berbagai tindakan yang dilakukan DS Najib mencabar kewibawaan, Tun, maka mantan Perdana Menteri itu, membuat keputusan, untuk manjatuhkan PM ke-6 tersebut. Atas sebab itu, walaupun isu yang dibawah antara lain 1MDB, walaupun telah dijawab dengan fakta sebenar, beliau tidak terima, malah terdorong untuk terus mengulang-ulang pertanyaan yang sama, termasuk bantuan media asing.
16. Selama lebih 22 tahun, Tun merupakan pemimpin Malaysia yang kerap membidas media asing, dengan dakwaan, bahawa media asing membuat laporan hanya berbentuk fitnah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar, namun kini, mantan Perdana Menteri itu, berubah, malah menganggap laporan media asing dijadikan sebagai katalis membantu beliau mendesak DS Najib letak jawatan.
17. Oleh kerana laporan media asing yang bertali arus, maka para pemimpin pembangkang termasuk yang mengeritik, mengsyorkan, agar DS Najib menyaman semua media itu, bagi tujuan memberishkan nama beliau.
18. DS Najib, untuk sementara waktu jangan perangkap dengan syor ini, kerana media asing tersebut, memang membuat laporan demikian mengikut skrip yang telah dirancang. Sebaliknya, PM itu perlu menumpukan kepada penyelesaian Kemelut 1MDB setidak-tidaknya menjelang Disember ini, Selepas kemelut 1MDB selesai, maka barulah ditempoh, tindakan menyaman.